#sifoodotcom

Ramadhan atau Ramadan? Ejaan Manakah Yang Betul Menurut Aturan DBP?

Klik Penaja Kami

Dalam tempoh berpuasa ini, banyak poster-poster design muncul yang berkaitan kemuliaan bulan ini iaitu bulan Ramadan – poster program ramadan, design content ramadan dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Namun dalam sedar tak sedar, ada yang masih tidak pasti ejaan yang betul untuk perkataan رمضان mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Sebutannya, kalau mengikut makhraj Arab ialah ro-ma-don (dhon). Ramai yang mengejanya sebagai Ramadhan untuk membunyikan huruf dhod.




Dapatkan jawapan yang betul dari perkongsian kami di instagram/sifoodotcom.

Follow instagram/sifoodotcom untuk mendapatkan banyak lagi tips menarik berkaitan design dan yang terkait dengannya.


Penjelasan tambahan

Padanan bunyi untuk ejaan bagi dh dalam bahasa Melayu ialah d. Penetapan ini dibuat dengan berdasarkan hakikat bahawa dalam bahasa Melayu tiada bunyi berkenaan. Dengan sebab tiada bunyi itu, maka huruf (lambang bagi bunyi dalam tulisan) juga tidak wujud. Oleh itu, semua perkataan daripada bahasa Arab yang mempunyai bunyi dh hendaklah diejakan dengan d, seperti daifdarabdiffadilatfardukadimudarabahreda (“rela”), qada (“ganti”), qadar (“ketentuan”), dan seumpamanya. Sungguhpun ejaan ditetapkan begitu, penutur dibenarkan untuk menggunakan bunyi atau sebutan asal demi untuk menjaga ketepatan makna perkataan-perkataan tersebut.

Di sebalik kesalahan ejaan tersebut, tinjauan mendapati bahawa banyak pengguna bahasa yang menggunakan ejaan yang betul bagi perkataan Ramadan. Tahniah kepada semua yang berkenaan.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed