#sifoodotcom

Redmi Note 8 Pro, Berbaloi atau tidak untuk dimiliki?

Kursus di SIFOODOTCOM

Pada 8 oktober lalu, Malaysia telah diperkenalkan dengan dua telefon pintar keluaran syarikat Xiaomi iaitu Redmi Note 8 & Redmi Note 8 Pro. Kedua-dua peranti ini merupakan mid range offering yang didatangkan dengan spesifikasi yang tinggi serta harga yang berpatutan.

Saya ingin tumpukan perhatian anda kepada Redmi Note 8 Pro. Apa yang menarik berkaitan Redmi Note 8 Pro?


Kamera

Telefon pintar ini mempunyai Kamera Utama 64MP (Mega Pixels) pada bahagian belakang  dan ini merupakan telefon pintar pertama yang mempunyai kamera bersaiz 64MP di Malaysia. Redmi Note 8 Pro juga mempunyai Tri kamera dan tetapan kamera seperti berikut:

  • Kamera Utama, 64MP f/1.9
  • Kamera Ultralebar, 8MP f2.2      
  • Sensor Kedalaman, 2MP f/2.4
  • Kamera Makro, 2MP f/2.4

Manakala di bahagian hadapan telefon mempunyai 20MP.

Mod potret AI dengan penyelarasan latar belakang yang kabur

Disebabkan Redmi Note 8 Pro ini mempunyai kamera utama 64MP maka sudah pasti ia menghasilkan penghasilan kualiti yang lebih terperinci. Cuma kita tidak akan dapat bezakan gambar yang menggunakan kamera 64MP dengan default kamera 16MP melalui display telefon sahaja. Kita perlu lihat pada skrin yang lebih besar seperti monitor computer. Jika kita perhatikan saiz gambar yang terhasil dengan kamera 64MP ia akan menggunakan lebih 20MB berbanding default kamera yang mungkin menghasilkan saiz kurang dari 8MB.

Anda boleh bayangkan sendiri bagaimana 20MB ini akan tersimpan pada telefon anda dengan hanya mempunyai 64GB storage sahaja. Xiaomi juga menyatakan penghasilan saiz gambar apabila dicetak akan menjadi sebesar 3.26 meter. Mantap kan?

Gaming

Seterusnya , seiring dengan kemajuan telefon pintar yang lain dari segi performance  telefon untuk bermain  game seperti Mobile Legend, PUBG, COD dll. Maka Redmi Note 8 Pro dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G90T dan daya yang tinggi pada GPU  performance (memainkan permainan yang mempunyai intensiti tinggi) serta memproses permainan dengan teknologi LiquidCool

Bateri

Peranti ini juga diisertakan dengan bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan pantas 18W dan kepala pengecasan 18W disediakan di dalam kotak.

Warna

Peranti ini didatangkan dengan 3 jenis warna yang menarik

  • Pearl White
  • Forest Green
  • Mineral Grey

Harga

Seperti yang kita maklum syarikat Xiaomi sentiasa tidak menghampakan pelanggan dan peminat tegar Xiaomi dengan harga yang mampu milik. Tidak terkecuali juga untuk peranti Redmi Note 8 Pro.

Redmi Note 8 Pro dijual pada tanda harga RM 1099 the untuk 6GB RAM dan 64GB storage dan RM1199 untuk 6GB dan 128GB storage.

Bagi menjawab balik persoalan di atas adakah Redmi Note 8 Pro ini berbaloi atau tidak untuk dimiliki. Saya menyatakan YA. Hal ini kerana dengan spesifikasi yang tinggi mampu dimiliki dengan harga yang rendah. Begitu juga kebebasan yang kita boleh lakukan seperti custom ukuran paparan fullscreen apabila menonton video.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed