Klik Penaja Kami
Jika anda seorang designer dan pernah terlibat dengan kerja rekabentuk layout kalendar apabila menjelang tahun baru, software apakah yang anda guna? Mungkin ramai yang menggunakan Adobe Illustrator dan terpaksa “melukis” kalendar tersebut secara manual. Fuh!
Layout Kalendar Dalam Adobe Indesign


Kita boleh menghasilkan layout-layout lazim seperti di atas iaitu:
- Kesemua 12 bulan dalam satu helaian dokumen, atau
- Setiap bulan dalam setiap helaian dokumen, atau
- Kita boleh set berapa bulan dalam satu helaian mengikut kehendak sendiri.
Bagaimana untuk menghasilkan layout kalendar seperti di atas tanpa perlu membuatnya secara manual? Tak’kanlah nak susun tarikh-tarikh itu semua satu-persatu? Huhu 😛
Adobe Indesign Calendar Wizard
Jawapannya ialah dengan menggunakan Adobe Indesign Calendar Wizard yang boleh didapati dari link berikut:

Bagaimana untuk mengaktifkannya dalam komputer kita?
- Download wizard tersebut dari: https://sourceforge.net/project/platformdownload.php?group_id=211425
- Unzip fail calendarWizard.3.16.32.zip dalam mana-mana folder komputer anda.
- Kandungan fail yang telah diekstrak hendaklah dipindahkan ke dalam folder Program Files>Adobe>Adobe Indesign>Scripts>Scripts Panel.
- Buka Adobe Indesign.
- Klik menu Window > Utilities > Scripts. Calendar Wizard akan berada dalam folder Application > calendarWizard>calendarWizard.js.
Cara Menggunakan Adobe Indesign Calendar Wizard
Untuk memulakan setting layout kalendar, lakukan langkah-langkah berikut:
- Double-click pada calendarWizard.js dalam panel Scripts.
- Window setting untuk calendar akan muncul. tetapkan setting mengikut kehendak dan keperluan design masing-masing.
- Klik OK jika selesai menetapkan setting.
- Kalendar anda akan dimasukkan dalam layout secara automatik.
Tutorial Tambahan
Terdapat beberapa tutorial tambahan dalam web Calendar Wizard, boleh lihat dan kaji dari link berikut:
- Simple one page calendar
- Inserting a calendar into a newsletter
- 12 month multi-page calendar
- 12 month single page calendar
- Non-centered 12 month calendar
- Calendar with Text
- Calendar with Holidays
- Calendar with Moon Phases
- Calendar with Pictures in Cells
- Stylized 12 Month Calendar
- Multi-Styled 12 Month Calendar
- Calendar with previous and next month in unused cells
Selamat mencuba!
Tambah komen