Klik Penaja Kami
Kita suka design kita ada efek Gradient bukan? barulah nampak hidup warnanya!
Bagi sesiapa yang guna Illustrator, pasti akan biasa dengan panel Gradient. Untuk aktifkan panel Gradient, anda boleh ke Menu Bar > Window > Gradient (Shortcut: F9).
Reverse Gradient dengan Menukar Angle
Bila anda menggunakan Gradient, kadang-kadang nak tukar arah Gradient tersebut mengikut kesesuaian design. Untuk tukar arah Gradient. anda perlu ubah Angle nya. Andai kata anda mahu tukar arah Gradient menjadi Reverse, anda hanya perlu tukar nilai 0 kepada 180. Pantas bukan?
TAPI ADA CARA LAGI PANTAS!
Perasan tak ada satu ikon dekat sebelah kiri, berdekatan dengan kotak Fill & Stroke?
Reverse Gradient dengan Menggunakan Reverse Gradient Button
Hanya dengan satu klik sahaja, Gradient anda telah di ‘Reverse‘ kan!
Gradient anda akan Reverse tanpa menukar Gradient Angle.
Selamat mencuba.
Tambah komen