#sifoodotcom

Siapa Itu Yang Bergelar ‘Designer’?

Kursus di SIFOODOTCOM

Sama ada anda bekerja sebagai seorang ‘designer’ atau sedang atau mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘design’, anda perlu kenali maksud pekerjaan ‘designer’.


Kerjaya Profesional

Seorang ‘designer’ adalah pekerja profesional yang membangunkan penyelesaian menurut kehendak komersil dengan mengambil kira keseimbangan teknikal, komersil, kemanusiaan serta kehendak estetika.

Apabila menyebut kerjaya profesional, ‘designer’ haruslah siapkan diri dengan lengkap dari segi kemahiran, sikap, ilmu dan segala kemahiran yang diperlukan dalam sesebuah kerjaya sama ada kerja dengan majikan atau kerja sendiri.

‘Designer’ harus menjadikan dirinya sebagai pakar dalam bidang. Sentiasa tambah ilmu teorinya dan kemahiran teknikalnya. Supaya menjadi tempat rujukan yang tepat oleh klien.

Bukan 100% Seni

Seorang ‘designer’ harus memiliki kemahiran teknikal seiring dengan kemahiran seni.

‘Designer’ tidak boleh terlalu hanyut dengan prinsip dan kemahiran seni lukis semata-mata. Seni reka tidak sama dengan aliran seni halus atau ‘fine art’. Seni halus adalah seni yang sebolehnya akan mengekalkan ketulenan ekpresi seninya. Ya, ekspresi oleh artisnya sendiri.

‘Designer’ perlukan kemahiran teknikal seperti pengendalian komputer, perisian, internet, pengendalian mesin serta peranti yang berkaitan dengan kerja. Jika terlibat dalam bidang reka bentuk dan pembangunan laman web, ‘designer’ harus mendalami teknikal tentang teknologi web. Jika terlibat dalam bidang penyiaran, ‘designer’ harus tahu tentang teknologi penyiaran. Jika terlibat dalam bidang cetakan, ‘designer harus tahu tentang proses dan mesin yang digunakan.

Kenapa harus tahu? Kerana ‘designer’ harus menyediakan material yang akan dikeluarkan, dipaparkan, atau disiapkan berdasarkan proses dan teknologi yang sedang digunakan ataupun yang terkini.

Berbeza Dari Artis

Seorang ‘designer’ merancang untuk proses seterusnya (cetak, kilang, bina). Berbeza daripada artis, ‘designer’ menghasilkan sesuatu berdasarkan kehendak yang telah diberi kepadanya dan kemudiannya akan diterbitkan oleh orang lain.

Lazimnya, artis bekerja untuk diri sendiri. Meluahkan fikiran, emosi dan mesej dalam ekspresi seninya di atas medium pilihan sendiri.

‘Designer’ bekerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh klien – medium outputnya, mesejnya, teksnya, warnanya, saiznya dan lain-lain. ‘Designer’ memberi solusi terbaik bagaimana menyusun dalam bentuk visual yang paling baik dan berkesan. Yang mana, akhirnya diserahkan kepada orang lain untuk diterbitkan.

Adaptasi dari sumber: http://www.design.org.au

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

1 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed