#sifoodotcom

Siapa Pegang Hak Cipta Karya Dalam Pertandingan Seni & Reka Bentuk?

Klik Penaja Kami

Aku terbaca tentang kontroversi kolaborasi antara Adobe dan Billie Eilish, yang mana mereka menganjurkan satu pertandingan terbuka untuk merekabentuk merchandise untuk Billie Eilish.

Ramai pengkarya yang tak puas hati dengan penganjuran pertandingan tersebut. Pertandingan seperti ini bukanlah sesuatu yang baru berlaku.

Di Malaysia pun banyak pertandingan dianjurkan bagi membolehkan penganjur mendapat idea dan cadangan baru. Idea2 dari pertandingan ini kemudiannya boleh digunakan untuk projek mereka akan datang. Ini norma.

Tetapi, satu aspek yang menjadi kontroversi dalam usahasama Adobe dan Billie Eilish ini adalah pada peraturan pertandingan tersebut, yang ditulis pada cetakan halus (fine print). Ia menyatakan bahawa:

  1. “Adobe akan memegang sepenuhnya hak karya si pemenang”
  2. “Pengkarya tidak akan menerima sebarang bayaran (royalti) dari sebarang jualan merchandise yang mengandungi karya tersebut”.

Korang mungkin kata, “alaa dah menang hadiah, biar aje laa diorang nak buat apa dengan karya tu”. Ya, betul. Pemenang utama yang dibayar USD10k, tiket percuma untuk persembahan Billie Eilish dan keahlian Adobe Creative Cloud percuma selama setahun mungkin takdehal nak lepaskan hak karya mereka.

Tapi, tahukah anda, peraturan yang sama terpakai kepada semua pengkarya yang menyertai pertandingan ini? Termaktub dalam syarat pertandingan:

“Pengkarya akan memberikan hak kepada penganjur, Billie Eilish, syarikat berkaitan dan semua ejen hak ke atas karya yang tidak eksklusif, tidak boleh ditukar atau diubahsuai, ROYALTY-FREE, tanpa syarat sebagaimana lesen yang telah dibayar sepenuhnya”.

Dalam erti kata lain, kau sertai pertandingan ini, hak karya kau terlucut sepenuhnya. Walaupun kau tak menang apa2. Jadi, sebagai pengkarya, adakah kau bersedia nak melepaskan hak 100% kepada karya kau?



Klik Penaja Kami

Mereka mengumpan pelajar dengan hadiah lumayan, kemudian mengumpul buah fikiran, idea dan hasil titik peluh pelajar dengan pre-tense ia adalah penyertaan pertandingan.

Kenapa aku sibuk2 tentang hal ni? Kerana aku nampak banyak pertandingan rekabentuk/senireka yang dianjurkan di Malaysia menggunapakai syarat seperti ini. Mereka mengumpan pelajar dengan hadiah lumayan, kemudian mengumpul buah fikiran, idea dan hasil titik peluh pelajar dengan pre-tense ia adalah penyertaan pertandingan.

Tetapi, kemudiannya mereka mempunyai akses percuma dengan lesen penuh untuk menggunapakai sebarang hasil karya pertandingan tersebut pada bila2 masa di masa akan datang tanpa perlu membayar pengkarya tersebut. Malah, ada syarat yang lebih ekstrim apabila menyebut ‘karya yang dihantar tak boleh diterbit atau digunakan di mana2 platform tanpa kebenaran penganjur’.




Oi, kalau pelajar tu guna hasil kerja studio untuk masuk pertandingan tu, maka dia dan universiti hilang hak karya tersebut? Gila apa ni? Ini adalah perbuatan eksploitatif yang harus ditegur, dan para akademik perlu jelas tentang aspek ini sebelum membenarkan sebarang pelajar di bawah penyeliaan mereka menyertai pertandingan seperti ini.

Dulu, aku pernah tegur satu penganjur, tetapi kemudian aku diberi surat amaran dari peguam mereka untuk berhenti dari berbuat demikian. Tak apa. Bila korang nampak ada pelajar UTM tak masuk pertandingan2 tertentu, walaupun ‘berprestij’, anggap sajalah kami dah baca fineprint pertandingan tersebut dan ia tidak menghormati hak pengkarya.

Nasihat aku kepada bakal penganjur pertandingan: HORMATI HAK PENGKARYA. Pertandingan bukan lubuk untuk mengumpul titik peluh orang secara percuma.

Belajarlah dari apa yang berlaku dalam pertandingan Billie Eilish di sini. Kalau nak idea dari pertandingan, boleh. Tapi, syaratnya perlu adil dan memberikan hak pengkarya kepada semua karya yang digunakan. Kalau tak menang, tak dipakai dan simpan dalam stor, tak apa. Tapi kalau idea itu digunakan untuk projek sebenar mahupun promosi produk, royalti harus dibayar kepada pengkarya.Ini dah tahun 2022, bukan 1990an lagi dah.

Apa pendapat korang?

Artikel asal: https://www.creativebloq.com/news/billie-eilish-adobe?

Tulisan asal oleh:
En Azari Mat Yasir
Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Dan Ukur UTM
https://www.facebook.com/azarimy

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed