#sifoodotcom

Siapkan Task/Job Harian Dengan Teknik “Pomodoro Timer”

Kursus di SIFOODOTCOM

APA ITU POMODORO TIMER?
TEKNIK MENDIDIK DIRI BERDISIPLIN DENGAN MASA.

-Pernah tak korang alami rasa susahnya nak menguruskan masa?
-Susahnya nak siapkan sesebuah task walaupun kecil?
-Tak pandai mendisiplinkan diri?
-Selalu hilang fokus?

Ya, saya sendiri pernah mengalaminya. Asyik duk kemas-kemas rumah, tiba-tiba terjumpa jam telur ni. Saya beli di DAISO, RM5.++ ja.

Teringat waktu saya dalam beberapa tahun yang lepas. sangat susah untuk menjaga masa, dan seperti poin-poin di atas. Saya alaminya dan mungkin sekarang kadang-kadang masih mengalaminya.

Sampai suatu ketika saya cuba dapatkan nasihat dari kawan saya. Dan dia perkenalkan “Pomodoro Timer”

“The Pomodoro Technique is a time management method developed by Francesco Cirillo in the late 1980s.[1] The technique uses a timer to break down work into intervals, traditionally 25 minutes in length, separated by short breaks.

Each interval is known as a pomodoro, from the Italian word for ‘tomato’, after the tomato-shaped kitchen timer that Cirillo used as a university student”
-Wikipedia-

Teknik ini dapat mengelakkan stress dalam menyiapkan task-task seharian.

Setelah tahu teknik ni, banyak sangat task-task kecil yang saya berjaya selesaikan, lagi-lagi waktu tu zaman freelance. Nak uruskan kerja-kerja client juga jadi mudah.

Teknik “Pomodoro Timer” begini:

  1. Senaraikan task yang hendak kita buat dalam hari tu.
  2. Set masa pomodoro, 25-30 minit.
  3. Laksanakan task dalam tempoh masa tersebut tanpa lakukan aktiviti lain.
  4. Selesai 30 minit pertama, rehat selama 5 minit. Jangan buat task, pergi tarik nafas dan rehat sekejap.
  5. Kembali sambung task dengan masa pomodoro selama 4 set, dan setelah selesai 4 set, rehat selama 30 minit.

Inilah yang saya lakukan untuk mula mendisiplinkan diri dan fokus dengan sesuatu task. Cukup 3 bulan, insyaallah akan sebati dalam diri, walaupun tak buat pomodoro lagi, disiplin dan fokus tu sudah ada dalam diri.

Perlu konsisten pada permulaan. Anggaplah sebagai proses untuk mendidik diri sendiri.

Saya sudah amalkan dan dapat membina kepentingan disiplin untuk menyiapkan sesuatu task-task besar mahupun kecil.

Nampak kecil, kemas rumah, basuh baju, tapi kalau tidak berdisiplin, perasaan malas akan menguasai diri. Akhirnya banyak masa tersia tanpa hidup yang produktif.

Sekarang sudah banyak applikasi smartphone yang menyediakan Pomodoro Timer. Korang boleh search sahaja di Playstore, atau beli timer macam yang saya ada ni. Set pomodoro, selesai set dia akan berbunyi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 🙂

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed