#sifoodotcom

Smartphone Photography: Apa yang perlu anda tahu?

Kursus di SIFOODOTCOM

Ada beberapa fakta yang perlu anda tahu dan mempelajari tentang kamera telefon pintar sebelum anda pergi lebih jauh mengenainya.


Kamera telefon pintar tidak sesukar kamera DSLR yang digunakan oleh pakar professional. Kamera telefon pintar amat mudah dipelajari dan dikendalikan dengan peralatan yang sangat minimal. Ia mudah difahami sekiranya anda mempelajarinya sendiri atau mendapat didikan dari pakar industri. Ramai memandang enteng berkenaan dengan kamera telefon pintar dan akhirnya anda terlepas pandang akan kebaikannya kepada diri sendiri dan juga perniagaan anda khususnya. Satu cara yang paling mudah untuk belajar adalah dengan mengadakan ‘tutorial online’ di Youtube. Ramai insan-insan hebat kerap berkongsi maklumat di situ.

Sejak kebelakangan ini, telefon pintar semakin menggantikan peranti teknologi pengguna seperti komputer dan kamera digital. Selain daripada peranti komunikasi, pengguna memilih spesifikasi yang baik untuk merakam gambar yang lebih baik dan berkualiti.

Ketahui kekuatan dan kelebihan telefon pintar anda!

Fenomena yang melanda dunia hari ini adalah dengan terlahirnya platform media sosial merentas sempadan dan tanpa batasan. Dunia hari ini sudah banyak berubah. Teknologi sudah menguasai kehidupan seharian kita. Kita seolah tidak boleh hidup tanpanya. Teknologi tidak lekang di dalam aktiviti harian dan begitu juga pekerjaan dan perniagaan. Oleh itu, tercetuslah inovasi alat komunikasi bernama telefon pintar (Smartphones) dengan pelbagai jenama di pasaran.

Saban tahun kita melihat beberapa jenama baru di dalam pembangungan telefon pintar bersaing dengan jenama besar. Diawal peringkat pengenalan teknologi ini bermula, ia cuma berfungsi bagi menghubungkan individu ke satu invidividu lain menerusi panggilan telefon dan mesej bertulis. kemudian ditambah dengan aplikasi terbaru untuk berhubungan bagi memudahkan kita berhubung dengan lebih ringkas dan berkesan. Telefon pintar kemudiannya bukan sahaja bukan sahaja bertindak sebagai alat perhubungan sosial namun ia juga menjadi alat perhubungan dalam perniagaan dan organisasi. Tidak cukup dengan itu,telefon pintar mengalami penambahbaikan dari masa ke semasa sehingga merubah dunia kita kini.

Masyarakat dunia semakin ‘giler’ bergambar.

Jika dilihat, sedikit demi sedikit keupayaan telefon pintar ini mampu menyediakan tatapan kamera yang mempunyai kualiti yang baik bagi melahirkan visual sebagai nilai tambah kepada konsep komersil kepada setiap jenama. Masyarakat dunia semakin ‘giler’ bergambar. Telefon pintar digunakan untuk merakamkan visual. Visual ini menceritakan momen seseorang kepada seseorang yang lain menerusi perkongsian di media sosial. Umum semakin gemar berkongsi visual dan visual juga mewujudkan kuasa viral di kalangan pengamal media sosial serata dunia dan tidak terkecuali Malaysia. Hari demi hari visual memberi kuasa dan mempengaruhi kehidupan. Visual bukan sahaja digunakan untuk hubungan sosial akan tetapi ia juga bertindak sebagai alat komunikasi dalam perniagaan menerusi pemasaran dan penjenamaan. Ini dinamakan ‘Kuasa Visual’. Visual yang mampu memberi impak yang besar kepada semua.

Tiada siapa boleh menduga bahawa manusia boleh mencipta kemampuan telefon pintar bagi merakamkan visual. Tidak sahaja mampu merakamkan visual menerusi kreativiti pemiliknya, namun kemampuan kameranya boleh mencetuskan fenomena hebat dan seolah-olah ia dirakamkan menerusi kamera DSLR jika dilihat dengan sekali pandang. Memahami kekuatan telefon pintar menerusi tatapan sedia ada mampu melahirkan visual yang cukup kuat. Pelajari dan semak keupayaan kamera di telefon pintar anda! Mengenal pasti kekuatan dan kelebihan telefon pintar sangat mustahak sebelum kita memulakan sesuatu tugasan untuk merakamkan visual. Setiap jenama mempunyai kelebihan tersendiri dan kita perlu ‘mencungkil’ kelebihan itu.

Tambah ‘Selling Point’

Jika dilihat trend terkini jenama telefon pintar di pasaran, mereka kini berlumba-lumba menyediakan tatapan kamera yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan mereka. Di dalam sebuah pertarungan hebat di kalangan jenama-jenama sedia ada, tatapan kamera yang diberi penambahbaikan merupakan ‘selling point’ di dalam memancing hati pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut keupayaan dan kekuatan sesuatu telefon pintar itu, jangan lupa ikuti siri perkongsiaan ringkas saya di lain waktu yang lain.

Kenapa pilih telefon pintar sebagai peranti kamera anda ?

Lihatlah hasil visual di bawah! Pernahkah anda terfikir bahawa telefon pintar juga mampu mencipta visual yang mempunyai kualiti standard yang diimpikan oleh mereka yang kreatif di dalam industri. Dengan mengetahui kelebihan yang ada di dalam telefon pintar anda, anda mungkin mampu mengurangkan kebergantungan pada jurugambar professional untuk melaksanakan kerja anda. Cuba anda bayangkan jika visual di bawah ini mampu memberi impak kepada bisnes anda! Tentu ini amat menyenangkan, apatah lagi ia mampu memberi visual yang baik kepada proses penjenamaan anda kelak.

Sebenarnya telefon pintar ini amat mudah difahami dan dikendalikan jika anda mendapat tunjuk ajar dari pakar industri untuk mengetahui teknik dan cara yang betul. Ia semudah ABC sahaja kita kita ingin mempelajarinya.

Visual ini dirakamkan dengan menggunakan telefon pintar HuaweiP20
Visual ini dirakamkan dengan menggunakan telefon pintar HuaweiP20
Visual ini dirakamkan dengan menggunakan telefon pintar Iphone6s
Visual ini dirakamkan dengan menggunakan telefon pintar Iphone7Plus
Visual ini dirakamkan dengan menggunakan telefon pintar HuaweiP20

Ayuh!! Kita belajar di Youtube!

Jika anda melayari laman Youtube ada beberapa individu yang berkongsi ilmu mengenai teknik fotografi telefon pintar. Sila klik pada pautan di bawah untuk mengetahui teknik mengambil visual di telefon pintar anda terutamanya ‘Flatlay Photography’. Saya akan berkongsi banyak lagi informasi berguna untuk anda pelajari di masa hadapan.

Ayuh, kongsikan maklumat di atas ini bersama rakan anda yang lain.

Komen via Facebook

Sharmine Md Zin

Sharmine Md Zin

Foodstylist Guru dan Mobile Photography Trainer untuk Sifoo.com. Memiliki pengalaman 18 tahun di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd sebagai Group Advertising Manager dan Managing Editor untuk majalah Remaja and Rasa. Sekarang aktif membuat freelance foodstylist dan berkongsi teknik foto kreatif menggunakan smartphone.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed