#sifoodotcom

Software Apa Nak Guna Untuk Reka Logo?

Kursus di SIFOODOTCOM

Pilihan software yang sesuai untuk menghasilkan reka bentuk logo.

Fahami Keperluan Logo

Logo adalah satu jenis hasil reka bentuk grafik yang harus boleh untuk diubah saiznya pada bila-bila masa sahaja. Atau, dalam bahasa Inggeris kita sebut sebagai ‘scalable‘.

Oleh itu, logo harus dihasilkan dalam format grafik yang boleh diubah saiznya tanpa menjejaskan kualiti paparan visualnya. Apakah format grafik tersebut?

Grafik Vektor

Terdapat dua jenis format grafik iaitu Vektor dan Raster.

Vektor merupakan format grafik yang menghasilkan imej digital melalui perkiraan dan susunan arahan berdasarkan formula matematik yang menyusun garisan-garisan serta bentuk samada 2D atau 3D.

Vektor tidak bergantung kepada setting resolution atau kepadatan piksel dalam satu-satu ruang atau saiz.

Jadi, reka bentuk logo memerlukan software yang boleh menghasilkan grafik vektor.

Software Berasaskan Vektor

Berikut adalah senarai software yang berasaskan vektor, sesuai untuk menghasilkan reka bentuk logo.

1. Adobe Illustrator

Adobe Illustrator atau Ai – paling lazim digunakan oleh para pereka grafik dan pelukis ilustrasi digital untuk menghasilkan ilustrasi vektor termasuk juga penghasilan reka logo.

2. CorelDraw

Tak kurang ramai juga yang guna CorelDraw sebagai perisian utama untuk ilustrasi vektor mereka. Harga CorelDraw lebih murah berbanding Illustrator dan CorelDraw mempunyai banyak features menarik yang boleh mempercepatkan kerja.

3. Affinity Designer

Affinity Designer adalah saingan terbaharu perisian grafik keluaran syarikat Serif. Ia adalah satu alternatif perisian grafik vektor yang sangat murah iaitu RM199.90 sahaja.

4. Inkscape

Jika anda tidak ingin mengeluarkan sesen duit untuk membeli perisian, Inkscape adalah pilihan terbaik. Ia adalah open source dan percuma.

5. Sketch

Sketch adalah perisian grafik vektor yang ringkas. Ia dikeluarkan khas untuk pengguna Mac dengan harga USD99 setahun.

Walau bagaimanapun, terdapat satu alternatif untuk Windows iaitu Lunacy keluaran Icons8.

6. Artboard

Satu lagi perisian vektor untuk pengguna Mac iaitu Artboard keluaran MapDiva. Simple tapi powerful. Dan, ia boleh didapati dengan harga USD39.99

7. Vectr

Vectr juga adalah perisian percuma. Yang menariknya ia boleh digunakan terus secara online menggunakan web browser atau boleh download dan install ke dalam komputer anda. Fail vector yang dihasilkan ialah dalam format SVG.

Apa pun software vektor yang anda pilih untuk kerja reka logo, ia hanyalah tool untuk menyiapkan kerja. Anda perlu fahami kefahaman tentang keperluan teknikal dan estetika untuk reka logo.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed