Klik Penaja Kami
Sony baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka iaitu Sony Xperia PRO-I, sebuah tanda aras baharu bagi Sony untuk tahun 2021 ini. Sony Xperia PRO-I memiliki spesifikasi yang “ganas”!
THE Camera

Sony meletakkan kedudukan Xperia PRO-I sebagai “kamera”. Seolah-olah menyebut ia adalah “kamera” yang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi.

Spesifikasi Kamera
Xperia PRO-I memiliki sensor 1 inci yang membolehkan anda merakam foto dan video dengan kualiti imej yang tinggi, setanding dengan kamera DSLR dan Mirrorless yang lain. Sensor yang besar ini adalah “game changer” dengan meningkatkan kemampuan kelajuan tinggi untuk kreativiti yang tak terbatas.
Sensor yang besar ini, Exmor RS dengan 20.1 MP, dibawa masuk dari model kamera kompak RX100 II yang terkenal dengan kualiti imejnya. Dengan saiz pixel 2.4µm yang terdapat di dalam sensor tersebut, lebih banyak cahaya dapat dirakamkan.
THE Camera mampu merakam fail 12 bit RAW dan 4K natif video sehingga 120 fps. Menakjubkan, auto-focusnya mempunya 315 titik pengesanan yang meliputi hampir 90% daripada frame, membolehkan penghasilan imej ultra-tajam.

Xperia PRO-I, dilengkapi dengan lensa ZEISS® Tessar T, mempunyai tiga kamera dengan spesifikasi berikut:
Kamera Belakang (1):
- Resolution: 12MP
- Aperture: F2.0/F4.0
- Focal Length: 24mm
- Field of View: 85°
Kamera Belakang (2)
- Resolution: 12MP
- Aperture: F2.4
- Focal Length: 50mm
- Field of View: 48°
Kamera Belakang (3)
- Resolution: 12MP
- Aperture: F2.2
- Focal Length: 16mm
- Field of View: 124°
Kamera Depan
ZEISS® Tessar T
- Resolution: 8MP
- Aperture: F2.0
- Field of View: 78°
Spesifikasi untuk rakaman video pula membawakan Cinematography Pro yang dijana oleh CineAlta, membolehkan rakaman HDR 4K pada 24, 25, 30, 60 dan 120 fps. Juga dilengkapi dengan Optical Image Stabilization (OIS) dan Electronic Image Stabilization (EIS), Optical SteadyShot™with FlawlessEye™, SteadyShot™ with Intelligent Active Mode (5-axis stabilization), Slowmotion (720p 120fps), Intelligent wind filter.
Menarik kan?
Tonton Video Promo Dari Sony
Harga?

Semakan di platform jualan seperti di Shopee dan Lazada menyaksikan harga sekitar RM7000 sehingga RM8000 lebih.
Bolehlah mula menabung 😉
Tambah komen