Klik Penaja Kami
Serabut dengan tab-tab kat browser untuk Gmail, Whatsapp, Telegram, Twitter, Instagram dan lain-lain?
Okay…kalau anda macam saya, banyak benda nak kena buat kat web browser tentu sangat banyak tab dibuka. Macam paparan kat bawah ni. Ini belum lagi tambahan tab untuk browsing benda-benda yang lain. Silap-silap berpuluh tab dibuka sekaligus.

App Untuk Minimakan Keserabutan Tab kat Browser.
Alangkah bagusnya kalau ada satu app yang boleh kumpulkan semua app rutin harian anda duduk dalam satu tempat yang lain, selain daripada browser.
Alkisahnya, satu hari tu, saya ternampak iklan kat facebook yang memaparkan satu app yang boleh selesaikan isu keserabutan tab. Nama app itu ialah Shift. Saya pun try Shift tu, download dan install.
Menarik! Cuma…yang dia bagi percuma hanyalah terhad kepada dua app sahaja yang boleh dikumpulkan. Dan, harganya mak datuk mahal! Maka…
Dengan kuasa Pakcik Google, saya jumpa alternatif lain iaitu Station.
Get Station!

Saya pergi ke laman web GetStation.com dan belek-belek features yang ada. Okay, sama macam Shift. Cari info tentang harga, tak jumpa. Klik sana klik sini…masih tak jumpa. Hurrmm…percuma? Tak sebut juga. Hairan…
Saya teruskan dengan klik kat Download Now. Dan, kemudian saya install Station.
Selepas, install saya setup akaun-akaun yang saya nak kumpulkan kat Station seperti Whatsapp, Telegram, Instagram, Gmail, Google Drive, Google Calendar, Facebook Messenger. Station kata mereka support sehingga 600 app!

Penilaian
Saya baru guna Station ni 3 hari. Masih tak jumpa juga tentang harga. Mungkin betullah percuma. Harap-harap kekal percumalah. Takut ini sekadar taktik suruh pengguna install dulu, dan biar guna sampai selesa. Nanti, apabila tiba hari yang paling sesuai, mereka hantar mesej kata dah start kena bayar. Adeh…
Penggunaan adalah sangat best! Web browser dah kurang serabut dengan tab yang bersusun.
Notification untuk mesej baru akan muncul di skrin Windows. Jika nak customize notification pun boleh. Masuk kat bahagian setting.
Dalam 600 senarai app yang boleh dikumpul, Facebook app tiada dalam senarai. Yang ada hanya Facebook Business Manager.
Secara keseluruhan, saya berpuas hati dan tak segan kalau nak recommend kat orang lain.
Kemaskini: Harga

Station tiada rancangan untuk caj bayaran untuk pengguna individu. Mereka hanya akan mula meminta bayaran dari syarikat yang menggunakan aplikasi Station. Yeehuu!
Katanya dia plan on charging company je starting 2019, not for individual users. Ada dalam FAQ.
Ok nice. Terima kasih. Tak terbukak pulak page FAQ tu…