#sifoodotcom

Sumber Muzik atau Lagu Percuma – Bebas Hak Cipta

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Pernah buat video untuk media sosial dan muzik audio kena mute? Atau, muncul emel yang mengatakan video anda telah menggunakan audio yang mempunyai pemilik hak cipta.

Risiko kena saman?

Jangan risau. Biasanya, tidaklah sampai kena saman. Platform media sosial mempunyai sistem yang mampu untuk mengenalpasti audio yang mempunyai ikatan hak cipta dan “membisukan” audio tersebut secara automatik.

Contohnya, jika video anda mempunyai suara narration dan muzik latarbelakang yang tidak mempunyai kebenaran hak cipta. Platform media sosial akan membisukan muzik latarbelakang sahaja, suara narration akan kekal boleh didengar.

Youtube misalnya, akan menghantar emel kepada anda untuk membuat tindakan selanjutnya, sama ada memadam video tersebut atau membuat bantahan sekiranya anda memiliki keizinan menggunakan audio yang dibisukan tersebut.



Klik Penaja Kami

Ok. Faham? Mari kita lihat senarai sumber muzik atau lagu yang bebas ikatan hak cipta.

1. NCS

NCS atau No Copyright Sound menyediakan koleksi audio percuma yang banyak dan menarik. Anda hanya perlu sign up untuk download.

Semua audio boleh digunakan secara percuma tetapi anda perlu membaca dengan teliti polisi cara guna audio. NCS meminta anda memberi kredit kepada pencipta audio dan nama lagu tersebut.


2. Youtube Audio Library

Untuk memudahkan content creator, Youtube menyediakan audio library – free music & sound effects – dengan kebenaran untuk video yang anda monetize di Youtube.



Klik Penaja Kami

Library tersebut boleh dilihat mengikut kategori genre, mood, duration dan license type. Anda boleh download dan masukkan dalam video anda.


3. Bensound

Bensound menyediakan kategori muzik percuma di laman web mereka. Anda boleh gunakan audio tersebut secara percuma untuk projek multimedia seperti video online di media sosial, laman web dan projek animasi.

Syarat yang ditetapkan ialah anda harus memberi kredit kepada Bensound.com. Audio percuma tidak dibenarkan untuk digunakan dalam projek Audiobook, Audio Podcast, penciptaan lagu dan music remix.


4. Mixit

Mixit juga mempunyai koleksi audio percuma untuk projek video anda. Semua klip audio adalah royalty free dan boleh digunakan tanpa memberi kredit kepada pencipta lagu.

Sesuai untuk muzik latar belakang video Youtube anda, podcast dan video iklan online. Tak perlu sign up dan sign in untuk download klip audio. Mudah sangat!


5. Free Stock Music

Free Stock Music – mempunyai koleksi audio percuma yang boleh digunakan dengan hanya memberi kredit kepada lagu tersebut. Setiap audio adalah bebas dari ikatan hak cipta untuk kegunaan video Youtube, blog atau laman web, vlog, podcast, media sosial dan lain-lain.

Setiap audio mempunyai cara kredit yang berbeza. Anda boleh lihat dan baca cara meletakkan kredit sebelum mendownload audio track tertentu.


Instagram @sifoodotcom

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed