#sifoodotcom

Sungguh POP! Keyboard Baru Logitech Ini Sangat Sesuai Untuk Orang Kreatif.

Klik Penaja Kami

Sekilas foto keyboard dari Logitech (Logi) lalu kat skrin, mata terus terpaku dengan design dan warnanya! Sungguh POP!

Ha…inilah Logi Pop Keys Wireless Mechanical Keyboard dengan Emoji Keys yang boleh disusun sendiri. Menarik kan?

Bayangkan set keyboard, mouse dan tikar meja ini berada di atas meja kerja anda? Ceria dan sangat bersemangat untuk buat kerja.

Design – Retro & Pop

Design yang retro dengan kekunci huruf yang bulat-bulat mengimbau kenangan mesin taip zaman dulu. Dengan kombinasi warna yang “pop” dan dengan design ala retro ini, meja kerja anda pasti kelihatan “stylo”, lain dari orang lain.

Wireless, Mechanical & Customizable

Wireless – sambungan menggunakan teknologi Bluetooth®. Anda boleh menyambungkan keyboard POP ini dengan tiga peranti anda seperti komputer desktop, komputer laptop dan smartphone.

Hanya dengan menekan kekunci FN – F1, F2 dan F3, anda boleh menggunakan keyboard ini secara berganti-ganti kepada peranti anda. Sungguh menyenangkan.

Keyboard ini boleh dicaj dan baterinya mempunyai jangka hayat sehingga tiga tahun.

Ketahanan kekuncinya pula boleh bertahan sehingga 50 juta ketikan. Banyak tu!



Klik Penaja Kami

Menambah lagi feature menarik pada keyboard POP ini ialah emoji key customization.

Anda boleh cabut dan tukar kekunci emoji mengikut kesukaan anda.




Kekunci Mekanikal – untuk siapa yang tahu nikmat ketikan dan bunyi ketikan kekunci mekanikal pasti akan teruja dengan keyboard ini.

Pilihan Warna

Logitech Malaysia mengumumkan pilihan dua warna iaitu Daydream (Warna Pastel – Hijau, Ungu, Kuning) dan Blast (Warna Terang – Kuning, Kelabu, Hitam).

Tetapi, kalau dicari di internet, terdapat satu lagi pilihan warna iaitu Heartbreaker Rose (Pink). Mungkin tidak dilancarkan di Malaysia. Boleh juga buat carian di Shopee untuk warna yang extra ini.

Harga Logi POP Keys Wireless Mechanical Keyboard

Harga rasmi yang ditetapkan oleh Logitech Malaysia ialah RM489.00

Harga dari penjual lain – Keyboard: RM459 dan Mouse: RM139

Info lanjut dari laman web rasmi Logitech Malaysia:
https://www.logitech.com/en-my/products/keyboards/pop-keys-wireless-mechanical.920-010578.html

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed