#sifoodotcom

[Ps] Taipografi – Kolaj Teks

Tutorial ini akan menunjukkan langkah-langkah membuat kolaj teks iaitu kombinasi perkataan-perkataan yang disusun sehingga mendapat bentuk yang kita ingini.

Komen via Facebook

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Dengan semangat Harimau Malaya yang sedang membara sekarang ini, kali ini kita cuba hasilkan kolaj teks dengan bertemakan harimau.

APA YANG DIPERLUKAN?
  1. Imej muka harimau – cari di Google.
  2. Brush dengan teks “Harimau” dan “Malaya” secara berasingan.
PENYEDIAAN BRUSH:

  • Buka satu fail baru.
  • Kemudian, taipkan perkataan yang diingini – HARIMAU MALAYA.
  • Gunakan Rectangular Marquee Tool (wajib) dan buat selection kotak pada satu perkataan – HARIMAU.
  • Selepas itu, klik menu Edit > Define Brush Preset.
  • Beri nama brush dan klik OK.
  • Ulang untuk perkataan yang kedua – MALAYA.
  • Pilih Brush Tool.
  • Klik pada senarai brush di atas option bar Photoshop.
  • Lihat dua brush yang baru disave tadi di dalam senarai brush.
Ok. Bila brush dah ready dan gambar harimau dah download. Kita boleh mula dengan projek sekarang. Lihat dahulu perbezaan imej sebelum dan selepas di bawah ini.
IMEJ ASAL:



Klik Penaja Kami

IMEJ HASIL:

LANGKAH 1:

  • Buka satu fail baru.
  • Pastekan gambar harimau ke dalam fail baru ini.
LANGKAH 2:

  • Klik menu Filter > Filter Gallery.
  • Pilih Artistic > Cutout. Setkan:
    Number of Levels: 7
    Edge Simplicity: 5
    Edge Fidelity: 1
LANGKAH 3:



Klik Penaja Kami

  • Sekarang, klik menu Select > Color Range.
  • Offkan setting Localize Color Cluster.
  • Kemudian, lalukan kursor ke atas imej dan klik pada bahagian yang paling cerah iaitu di atas hidung harimau.
  • Laraskan nilai Fuzziness sehingga dapat kontras warna putih pada bahagian yang cerah sahaja.
  • Klik OK.
  • Ini adalah hasil daripada Select Color Range. Satu selection akan terhasil.
  • Perhatikan juga warna pada kotak Foreground Color (di bahagian bawah panel tool bar). Warna tersebut akan mengikut warna hidung harimau iaitu sama dengan tempat yang anda klik semasa membuat Select Color Range tadi.
LANGKAH 4:

  • Buat satu layer baru.
  • Hide sekejap layer imej harimau.
  • Pilih Brush Tool dan pilih brush perkataan Harimau.
  • Secara satu per satu, klik brush tool di dalam kawasan selection.
  • Ulang dan variasikan saiz brush sehingga memenuhi selection.
LANGKAH 5:

  • Untuk langkah seterusnya, ulangkan langkah 3 dan langkah 4 untuk bahagian lain mengikut perbezaan kecerahan warna.
  • Untuk setiap selection (color range), buat satu layer baru dan applykan brush teks ke atas layer tersebut.
  • Variasikan saiz brush dan juga ganti-gantikan jenis brush teks – HARIMAU atau MALAYA.
  • Lihat empat perbezaan zon warna di atas.

LANGKAH 6:

  • Select layer yang ada imej harimau. Pindahkan layer ini ke atas sekali.
  • Kemudian, tukarkan blending mode daripada Normal kepada Hard Light.
  • Anda juga boleh mencuba jenis blending mode yang lain. Mungkin ada yang lebih sesuai mengikut citarasa anda.
  • Itu sahaja.
IMEJ HASIL:

Selamat mencuba!

 

 

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

8 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed