Klik Penaja Kami

Kepada para majikan yang ingin memasukkan bajet untuk pengambilan jawatan graphic designer di syarikat masing-masing, ini adalah satu panduan yang telah dibentangkan oleh seorang admin facebook group – Grafik Malaya iaitu saudara Hafidz Moro.
Panduan ini juga boleh digunakan oleh para designer yang ingin memohon kerja.
Bajet Gaji + EPF
Sebenarnya sebagai majikan, dalam bajet menggajikan designer harus mengambil kira 10% EPF designer dan 13% contribution majikan untuk EPF.
Ini bermakna kalau gaji ditawarkan kepada designer RM1600, bajet satu kepala ialah RM1600+13% atau RM1808. Ini dikira rendah kerana kalau termasuk EPF kerana tolak EPF gaji bersih ialah RM1600-10% EPF iaitu dalam lingkungan RM1440.
Gaji minimum terbaik utk designer (dengan EPF) ialah:
- Diploma dengan profil portfolio artwork yang sederhana (tidak tepat dengan kehendak tempat kerja) = RM1800-2000 + 3 bulan probation.
- Diploma dengan profil portfolio artwork yg baik (tepat dengan kehendak tempat kerja) = RM2100-2400 + 3 bulan probation
- Ijazah dengan profil portfolio artwork yg sederhana (tidak tepat dengan kehendak tempat kerja) = RM2500-2800 + 6 bulan probation
- Ijazah dengan profil portfolio artwork yg baik (tepat dengan kehendak tempat kerja) = RM2800-3500 + 6 bulan probation
- Sijil kemahiran (Vokasional/IKBN/Setara) dengan profil portfolio artwork yg sederhana (tidak tepat dengan kehendak tempat kerja) = RM1200-1400 + 1 bulan probation
- Sijil kemahiran (Vokasional/IKBN/Setara) dengan profil portfolio artwork yg baik ( tepat dgn kehendak tempat kerja) = RM1500-1700 + 1 bulan probation
- Tiada sijil atau latihan berkaitan design: Gaji ditentukan oleh portfolio dan majikan sendiri.
Ini adalah tangga gaji sebenar dan diperuntukkan untuk fresh graduate diploma dan fresh graduate degree atau pengalaman kurang dari 1 tahun (dgn portfolio kerja yg kemas dan baik).
Sekiranya status kerja kontrak, setiap value amount yang dinyatakan harus ditambah 10-20% dari nilai yg diberikan.
Kiraan ini tidak tertakluk dan tidak termasuk kepada tambahan JD (Job Description) seperti; marketer, marketing, sales sebagainya.
Dan klausa terma pembayaran lebihan masa kerja adalah tertakluk pada polisi syarikat.
Dan method perkiraan di atas adalah tanpa mengambil kira faktor kira² inflasi dan percukaian
Saya harap, ini dapat dijadikan rujukan buat designer dan majikan sendiri untuk masa akan datang. Sekiranya ada tawaran kerja yang tidak cukup maklumat dan mengelirukan, boleh refer post ini di link berikut:
https://www.fb.com/groups/grafikmalaya/permalink/3725345817580436
Terima kasih.
Hafidz Moro
Admin Grafik Malaya
Tambah komen