#sifoodotcom

Teknik Kuasai Kombinasi Font

Kursus di SIFOODOTCOM

Menggabungkan 2 jenis font yang berbeza, boleh jadi suatu cabaran kepada mereka yang tidak memiliki pengetahuan asas untuk kombinasi yang baik.

Akhirnya, cara pantas adalah dengan melihat contoh-contoh di google sahaja, atau mungkin menggunakan template yang sudah tersedia.

Baik! Kali ini, #sifoodotcom kongsikan sedikit teknik-teknik yang sebenarnya digunapakai untuk menghasilkan kombinasi yang baik. Insyallah, dengan memahami sedikit teknik dan konsep ini, anda boleh hasilkan kombinasi font yang baik, mengikut kreativiti anda.

01. Kontras

Kontras sangat penting untuk memastikan kombinasi font dari 2 jenis yang berbeza kelihatan. Kontras yang baik adalah yang kelihatan berbeza tetapi senang untuk baca.

02. Variasi Ketebalan Font

Memberikan perbezaan font weight yang ketara antara 2 jenis font, adalah teknik yang terbaik untuk menghasilkan kombinasi font yang mudah, selamat dan menarik. Malah, menggunakan font yang sama, tetapi weight yang berbeza juga cukup menghasilkan kontras yang baik.

Untuk 2 font yang berbeza, pastikan font tersebut memiliki kepelbagaian weight yang boleh dipilih untuk membina kontras yang baik antara satu sama lain.

03. Gabungkan Serif dengan Sans-Serif

04. Struktur Font

Seperti gabungan Serif dan Sans-Serif, kombinasi dari 2 font yang memiliki struktur font yang sama, tetapi dari kategori yang berbeza, akan menampilkan kombinasi yang cukup menarik. Ini akan menghasilkan keserasian yang baik, tetapi masih mampu menyerlahkan keunikan tersendiri.

05. Hirarki Visual

Selain daripada susun atur yang mengikut turutan, kombinasi font juga boleh mengatur keutamaan mesej yang tersendiri daripada kombinasi yang tepat. Seperti kontras, tetapkan dahulu ayat keutamaan berbanding ayat yang lain, dan mula menggunakan font yang lebih menyerlah berbanding font untuk ayat yang kedua atau ketiga.

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed