#sifoodotcom

Teknik Selection Yang Memudahkan Dalam Adobe Photoshop CC2022

Klik Penaja Kami

Membuat selection dalam Photoshop dari dahulu lagi menjadi satu aktiviti yang memerlukan masa dan latihan yang gigih. Tak kurang ramai juga yang masih gemar dengan menggunakan Pen Tool untuk membuat selection (walaupun meletihkan).

Adobe Photoshop sentiasa menambah fitur baru untuk selection dalam setiap keluaran versi mereka. Pasti ada penambahbaikan bagi memudahkan lagi proses yang penting ini.

Terkini, dalam Adobe Photoshop CC2022, terdapat beberapa penambahan yang agak ketara, selari dengan perkembangan teknologi ‘kecerdasan buatan’ atau artificial intelligence (AI).

Mari kita lihat fitur selection terkini yang boleh anda cuba nanti:

Select Subject

Select Subject (Menu Select > Select Subject) mempercepatkan aliran kerja dalam Photoshop. Tanpa menggunakan sebarang tool, ia mengesan secara automatik subjek yang ada dalam sebuah imej. Lihat contoh di dalam video berikut:

Mudah kan? Hanya tekan menu Select Subject dan Photoshop akan membuat selection terhadap subjek yang terkesan dalam layer tersebut. Kemudian, boleh apply Layer Mask untuk ‘memadam’ latar belakang subjek tersebut.

Select Subject juga boleh didapati daripada button seperti yang ditunjukkan di dalam video berikut:

Sekiranya, selection yang terhasil tidak berapa tepat dan memerlukan pembetulan, anda boleh gunakan menu Select and Mask (lihat topik di bawah) untuk memperhalusi selection tersebut.

Select Sky

Menu ini, seperti namanya, adalah untuk mengesan bahagian langit pada sesebuah imej atau foto. Memudahkan kita untuk menukar sesuatu di bahagian tersebut seperti yang ditunjuk di dalam video berikut ini:

Select Color Range

Okay…menu ini tidaklah baru dalam versi CC2022. Cuma, ia jarang dikongsikan oleh ramai orang. Selection ini akan mengesan bahagian tertentu dalam imej berdasarkan warna yang kita pilih. Kemudian, kita boleh laraskan “range” warna tersebut. Lihat contoh dalam video berikut:

Select and Mask

Menu Select and Mask ini menggantikan fungsi Refine Edge dalam versi Photoshop yang sebelum ini. Di dalam contoh video berikut, kita boleh membuat selection tanpa menggunakan sebarang selection tool di peringkat awal. Macam tak berapa faham kan? Cuba tonton video berikut:

Atau, anda boleh membuat selection awal menggunakan selection tool yang disukai seperti Quick Selection atau Pen Tool. Kemudian, gunakan Select and Mask untuk memperhalusi hasil selection dengan lebih terperinci lagi.



Klik Penaja Kami

Object Selection Tool

Object Selection Tool merupakan satu tool yang menarik di mana ia berfungsi menghasilkan selection terhadap objek di dalam sesebuah imej. Bukan hanya satu objek, malah beberapa objek boleh dikesan.

Photoshop CC2022 akan memaparkan “highlight” terhadap objek-objek yang berjaya dikesan. Lihat contoh dalam video berikut:




Mask All Objects

Menu ini agak tersorok sedikit. Ia terletak di menu panel layer. Anda boleh klik pada menu panel layer dan memilih Mask All Objects untuk mengarahkan Photoshop mengesan dan terus mengapplykan layer mask terhadap bahagian objek yang berjaya dikesan.

Sertai Kursus Online Kami di UNI.SIFOO.COM:

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed