#sifoodotcom

Teori Warna – Color Wheel (Bhgn 1)

Kursus di SIFOODOTCOM

Antara soalan yang sering ditanya ialah “warna apa patut dipilih?” atau “warna apa yang sesuai untuk digabungkan?”

Sesiapa yang dilahirkan dengan “art atau design sense” yang kuat, pemilihan dan gabungan warna tidak menjadi isu besar. “Deria” warna ada pada diri mereka disebabkan sudah terlalu biasa memerhati hasil karya seni atau hasil karya grafik.

Mereka dapat “merasai” warna apa yang memberi sesuatu mood, membawa mesej atau yang bersesuaian dengan tema dan fungsi reka bentuk.

Tapi…boleh ke belajar tentang warna?

Asasnya, mereka menggunakan teori warna. Teori warna adalah gabungan praktikal antara seni dan sains yang digunakan untuk menentukan warna apa yang kelihatan elok bersama.

Roda warna dicipta dalam tahun 1966 oleh Isaac Newton, yang menyusun spektrum warna dalam format bulatan (roda). Roda warna adalah asas kepada teori warna kerana ia menunjukkan hubungan di antara warna.

Gabungan warna yang kelihatan elok bersama dipanggil warna harmoni. Artis dan pereka menggunakan warna harmoni untuk mencipta pemandangan atau perasaan tertentu. Anda boleh gunakan roda warna untuk mencari warna harmoni dengan menggunakan “the rules of color combinations“. Gabungan warna menentukan kedudukan relatif bagi setiap warna yang berbeza untuk mendapatkan warna-warna yang sedap mata memandang.

Dua Jenis Roda Warna

  1. RYB – Red Yellow Blue, biasanya digunakan oleh artis untuk menggabungkan warna catan.
  2. RGB – Red, Green, Blue, digunakan untuk online seperti untuk paparan skrin komputer atau skrin TV.

Color Combinations

  • Complementary – Dua warna yang bertentangan posisi dalam roda warna. Kombinasi ini menghasilkan gabungan warna yang tinggi kontras dan tinggi impak serta kelihatan cerah menonjol.
  • Monochromatic – Tiga tona (shades) dari satu warna dasar. Hasil gabungan ini kelihatan agak tidak ketara (subtle) dan konservatif. Gabungan ini senang untuk digunakan dalam mana-mana projek reka bentuk kerana sangat harmoni.
  • Analogous – Tiga warna yang bersebelahan antara satu sama lain dalam roda warna. Gabungan warna ini serba boleh, tetapi sangat berlebihan juga. Untuk menyeimbangkan skema warna, pilih satu warna dominan, dan pilih warna lain untuk digabungkan.
  • Triadic – Tiga warna yang terpecah secara sekata di atas roda warna. Gabungan ini menghasilkan skema warna yang tinggi kontras, tetapi kurang dari gabungan complementary – menjadikan ia lebih serba boleh. Gabungan ini juga mencipta palet warna yang terang (vibrant).
  • Tetradic – Empat warna yang terpecah secara sekata di atas roda warna. Skema warna tetradic adalah terang dan sangat bagus jika anda pilih satu warna dominan. Lagi banyak warna yang anda, lebih sukar untuk seimbangkan.

Warna Sejuk / Warna Panas

Roda warna juga boleh dibahagikan kepada warna sejuk dan warna panas. Ia juga disebut sebagai suhu warna. Kebanyakan gabungan warna yang didapati dalam roda warna mempunyai warna sejuk dan panas yang seimbang.

Menurut psikologi warna, suhu warna yang berbeza membangkitkan emosi yang berlainan. Contohnya, warna panas dikatakan membawa minda selesa dan tenaga, manakala warna sejuk pula dikaitkan dengan ketenangan dan isolasi.

Warna panas adalah daripada warna merah hingga warna kuning. Warna sejuk pula adalah dari warna biru hingga hijau dan ungu.


Color Combination Tool


https://www.canva.com/colors/color-wheel/

https://coolors.co/

https://mycolor.space/

https://paletton.com/

https://color.adobe.com/

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed