#sifoodotcom

Tiga Jenama Kamera Yang Tak Mungkin Anda Tak Kenal

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Ramai yang mengatakan bahawa hobi menjadi seorang jurugambar merupakan hobi yang mahal. Memang tidak dinafikan bahawa ia memakan beribu ringgit untuk memiliki satu kamera dan satu lens. Belum dikira aksesori tambahan yang sebahagian kamera itu perlu.

Namun ia tidak menjadi satu kesalahan untuk kita mula menceburi bidang ini dengan bajet rendah seperti membeli set kamera second-hand. Malah ia merupakan langkah yang betul sebagai seorang pemula.

3 Jenama Popular

Dengan itu anda perlu tahu tiga jenama kamera yang boleh membantu merealisasikan impian atau hobi anda, iaitu Nikon, Canon dan Sony.

Tiga jenama ini banyak melahirkan ramai jurugambar profesional kerana model yang mereka keluarkan mempunyai pelbagai jenis kelas dari yang rendah sehinggalah yang tinggi.



Klik Penaja Kami

Nikon

Sedikit latar belakang mengenai Nikon ini adalah ia merupakan sebuah syarikat yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun pada tahun 1917 (103 tahun berlalu). Pada awal permulaan keluaran model kamera digital ia dinamakan dengan Nikkormat dan Nikomat

sumber: wikipedia

Kemudian ia berkembang sehingga sekarang seiring dengan saingannya.

Kelas-kelas kamera yang dikeluarkan oleh kamera adalah:

  • Compact dan Bridged Camera – Coolplix siri
  • Mirrorless Camera – Z siri
  • Professional (dengan heavy duty body) – Nikon D (1-6) siri
  • Professional (tanpa heavy duty body) – Nikon D (100-850) siri
  • Midrange – D7000 siri
  • Upper entry-level – Nikon D5000 siri
  • Entry-level – Nikon D3000 siri
Nikon Malaysia

Bagi kamera pada kelas Midrange ke bawah, Nikon menggunakan sensor DX (alternatif saiz bagi APS-C) keluaran nikon. Oleh kerana itu, harga yang ditawarkan lebih rendah dari sensor Full Frame.



Klik Penaja Kami

Kualiti binaan untuk model kelas pertengahan dan ke bawah lebih ringan dan kurang ketahanan. Walau bagaimanapon ia masih boleh menghasilkan kualiti gambar yang cantik dan lawa.


Canon

Canon juga bermula di Tokyo, Jepun pada tahun 1973 (87 tahun yang lalu). Berbeza dengan Nikon, selain model kamera, Canon juga menghasilkan produk untuk kegunaan seharian seperti mesin pencetak, kalkulator, projektor dan banyak lagi.

Kelas-kelas yang pada Canon adalah:

  • Compact dan Briged Camera – Powershot dan IXUS siri
  • Beginner – M50, M200, 200D, 800D, 3000D
  • Enthusiast – M6, M5, 850D, 90D, 6D Mark, semua EOS R siri
  • Professional – EOS-1D Mark dan EOS 5D Mark siri

Seperti Nikon, bagi APS-C sensor untuk semua model daripada Canon adalah buatan sendiri iaitu sensor CMOS tetapi ia juga ada pada Full Frame namun pada size yang berbeza.


Sony

Syarikat yang paling muda dan berkembang maju daripada tiga jenama ini adalah Sony. Sony bukan sahaja menghasilkan model kamera, ia juga pengilang terbesar bagi produk bisnes hiburan, permainan video dengan konsol dan kedua terbesar bagi penerbitan permainan video.

Kebanyakan telefon pintar sekarang juga menggunakan sensor daripada Sony untuk kamera mereka.

Kelas-kelas kamera Sony adalah:

  • Compact dan Briged Camera – RX, WX, HX, ZV siri
  • Beginner – a5100, a6000, a6100, a6300, a6400
  • Ethusiast – a6500, a6600
  • Professional – a7, a7R, a7S siri
Sony Malaysia

Walaupon Sony mempunyai kurang variasi dari segi model berbanding dengan Canon dan Nikon. Ia masih kualiti tertinggi berbanding mereka dengan mempunyai sensor yang bagus untuk low light dan binaan model yang kukuh serta unik.


Tips Penjimatan Hobi Kamera

Lagi satu cara untuk anda jimat membeli set kamera adalah dengan membeli Third-Party lens.

Antara jenama yang membuat Third-Party lens adalah:

  • Tamron – Canon, Nikon, Sony
  • Sigma – Sony
  • Zeiss – Sony
  • Samyang – Canon, Nikon, Sony
  • Yongnuo
Tamron
Samyang

Dan banyak lagi Third-Party lens. Kebiasaannya, Third-Party lens adalah lebih murah daripada lens daripada syarikat kamera itu sendiri.

Untuk membeli lens anda perlu tahu bahawa setiap kamera mempunyai jenis Mount yang tersendiri. Sebagai contoh:

  • Canon DSLR camera (EF Mount) – EF lens
  • Sony Camera (E-Mount) – E lens
  • Nikon Z siri – Z lens

Anda juga boleh beli adapter untuk menggunakan jenis lens dan model kamera yang berbeza. Sebagai contoh:

  • Canon EOS M50 + EF-M adapter + Canon EF 50mm f1.8 STM
  • Sony a7ii + EF-E adapter + Canon EF 50mm f1.8 STM

Dengan cara ini anda lebih menjimatkan kos pembelian set kamera.

Sekian sahaja perkongsian dari kami. Jika anda ada pandangan dan cadangan boleh komen dalam ruangan di bawah.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed