Klik Penaja Kami
Dalam tipografi (typography), “leading” adalah salah satu istilah yang sering disebut dan tak boleh dilupakan kerana terdapat setting untuknya dalam software grafik.
Tapi…masalahnya, ramai yang salah sebut!

Apa itu Leading?
Leading adalah setting jarak di antara baris teks. Penetapan nilai leading yang baik akan menyebabkan kandungan teks dalam perenggan selesa untuk dibaca.

Jadi, Apa Sebutan Leading Yang Betul?
Ok. Nak menjawab soalan yang dibangkitkan kali ini. Bagaimana nak sebut istilah leading dengan betul?
Secara naturalnya, kita akan sebut li-ding. Kan? Sebab kita akan ingat leading (pimpin). Tapi…
Leading dalam tipografi ada sejarahnya…

Ha, merujuk kepada foto di atas plumbum atau “lead” digunakan untuk menjarakkan susunan font dalam kerja typesetting.
Jadi, lead itu sebutannya “led” bukan “lid”.
Jadi bagaimana? Baru tahu? Sekarang dah tahu?
Pesanan untuk pengajar dan pendidik, jangan salah ajaran ya. Nanti panjang keturunan “salah-silah”nya.
Tambah komen