#sifoodotcom

Tips Asas Ringkas Penggunaan Kamera

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Kami tahu ramai yang mempunyai kamera sama ada jenis DSLR, mirrorless kamera ataupun smartphone yang mempunyai fungsi kamera professional tetapi tidak tahu cara menggunakannya dengan betul.

Jadi kami ingin kongsikan kepada anda tips ringkas yang perlu anda tahu sebelum mengambil gambar.

1. Komposisi: Rule of Thirds

Terdapat banyak jenis komposisi untuk merakam foto. Anda boleh rujuk link berikut untuk mengetahui jenis-jenis komposisi tersebut:

Untuk artikel ini, mari kita lihat satu daripada komposisi tersebut iaitu Rule of Thirds.



Klik Penaja Kami

Rule of thirds (R03) adalah panduan menyusun subjek pada titik persilangan grid (9 kotak dalam frame gambar). RO3 mencadangkan subjek disusun pada titik persilangan grid dan juga pembahagian 1/3 dan 2/3 frame gambar contohnya seperti pasir pantai (1/3) dan langit horizon (2/3).

Contoh pembahagian adalah:

  • Elemen persekitaran (langit, laut/air & darat)
  • Kedudukan subjek dari setiap sudut
Susunan subjek atas grid Rule of Thirds
Susunan pemandangan mengikut komposisi Rule of Thirds

Kepada pengguna smartphone, anda perlu perlu pergi ke Setting dan klik Show Grid.

Anda juga boleh belajar lagi dengan lebih lanjut melalui info-info di Pinterest.



Klik Penaja Kami

2. The Exposure Triangle

Bagi mengawal exposure cahaya yang diambil, anda perlu mahir mengubah ISO, Shutter Speed dan Aperture.

ISO (International Organization for Standardization)

Apa yang ISO ni buat adalah, ia mengawal kualiti kepekaan kamera terhadap cahaya. Kepekaan tersebut boleh diubah mengikut nilai yang ada seperti 100, 200 sehingga maksimum yang boleh diterima dalam sesuatu kamera. Setiap kamera mempunyai nilai minimum dan maksimum yang berbeza mengikut model dan jenama.

Anda perlu menetapkan nilai ISO paling minimum yang boleh diambil. Ini kerana nilai yang besar akan menghasilkan Noise pada gambar kelihatan jelas.

Sumber: photographylife

Sebagai contoh:

  • Luar rumah pada pukul 8-10 pagi sesuai ISO 400
  • Luar rumah pada pukul 11-2 petang sesuai ISO 100
  • Dalam rumah sesuai dengan ISO 100-800 bergantung kepada pemberian cahaya

Shutter Speed

Shutter speed bermaksud kadar kelajuan shutter untuk menerima cahaya dari luar. Lagi lama shutter speed lagi banyak cahaya yang diambil menyebabkan lagi terang cahaya pada gambar.

Sumber: photographylife

Shutter speed yang laju adalah untuk menangkap gambar subjek yang pantas seperti air hujan, pergerakan kereta, binatang dan sebagainya.

Shutter speed yang lama pada subjek yang bergerak pantas akan membuatkan gambar menjadi kabur. Efek ini menarik untuk menghasilkan rakaman air terjun atau garisan lampu kereta di waktu malam.

Contoh subjek yang bergerak pantas diambil pada kadar 1/1600th second

Aperture

Bukaan (Aperture) pada kamera adalah fungsi untuk menghasilkan Bokeh (latar belakang yang kabur). Seperti mana kita lihat trend mengambil gambar bokeh untuk keadaan potrait.

Konsep Bokeh

Bergantung kepada lens yang ada, nilai aperture berbeza. Sebagai contoh:

Model Lens Canon : EF 50mm f/1.8
Menunjukkan bukaan aperture paling minimum adalah nilai 1.8 yang amat sesuai untuk membuat bokeh.

Manakala pada lens kamera Huawei P40 Pro: Main Camera 50MP f/1.9
Mempunyai bukaan minimum 1.9.

Sumber: photographylife

Kemudian, dari segi pengawalan exposure pula bukaan yang lebih besar (iaitu pada nilai yang lebih kecil) akan mengambil cahaya yang lebih banyak.

Sumber: photographylife

Di sini ada perlu mahir untuk mengubah ISO atau Shutter Speed supaya gambar potrait tidak overexposure.

Ringkasnya, tiga pekara penting iaitu ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain. Biasakan dengan perubahan cahaya pada gambar ketika mengubah fungsi tersebut.

Sumber: diyphotography

2 sahaja tips permulaan ini supaya anda lebih faham dan mahir dengan fungsi yang ada pada kamera.

Jika anda ada sebarang komen dan pandangan boleh komen dalam ruangan di bawah.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed