Klik Penaja Kami
Designer perlu selalu berfikir dengan cara tertentu supaya dapat menyelesaikan kerja dengan baik. Berfikir secara kreatif adalah sesuatu yang sinonim dengan kerjaya designer. Semua designer harus kreatif, betul?
Walau bagaimanapun, terdapat proses tertentu yang perlu dilalui oleh designer untuk memastikan hasil kerja yang memenuhi keperluan pengguna dan mampu berfungsi dengan baik bagi menyelesaikan sebarang isu atau permasalahan.
Ya, kerja designer ialah “problem solving” iaitu menyelesaikan masalah bagi pihak klien dalam bentuk visual yang kreatif.
Berfikir Gaya Designer – “Design Thinking Process”
Design thinking adalah proses yang teratur untuk memahami end-user, mencabar jangkaan, dan mengubah definisi masalah di dalam percubaan mengenal pasti pelbagai strategi dan penyelesaian yang mungkin tidak terus jelas pada peringkat awal pemahaman.
Ia merupakan pendekatan solution-based kepada penyelesaian masalah.
Oleh kerana itu, designer hendaklah berusaha untuk memenuhi proses ini agar tidak terkeluar daripada landasan “design yang berfungsi“.
Mari kita lihat tips di bawah ini untuk manfaat kerjaya anda sebagai designer…
Semoga bermanfaat dan nantikan kupasan lebih terperinci dalam posting yang akan datang. Simpan dulu nota ringkas ini. 😉
Tambah komen