Klik Penaja Kami
Untuk beginner dan non-designer, memilih font untuk dimasukkan dalam design boleh menjadi cabaran atau kesilapan yang merosakkan design tersebut.
Apa tips yang boleh membantu proses pemilihan font? Jom baca perkongsian berikut:
Berapa Jenis Font Perlu Guna?
Tips ini sangat sesuai untuk beginner dan non-designer. Ramai yang tanya “berapa maksimum font dalam satu design?” atau “ada tak had berapa banyak font dalam satu design?”.
Tonton video bagi menjawab persoalan ini.
Minimumkan pemilihan jenis font supaya design lebih seragam dan tersusun.
Terlalu banyak font dalam satu layout akan menyebabkan “design noise” atau keserabutan elemen design. Fokus audiens akan terganggu kepada perkara yang tak perlu semasa membaca kandungan maklumat design.
Inspirasi Pemilihan Font
Pilih font berdasarkan keperluan dan mood mesej yang hendak disampaikan dalam design.
Font mempunyai karekter, bentuk serta lenggok yang mampu memberi visual mood kepada audiens.
Ada font untuk marah, ada font untuk serius, ada font untuk ceria…dan seterusnya.
Semoga bermanfaat, dan jangan lupa untuk tanya kami dalam box QnA di insya story Jika ada ya. 😉
Follow instagram.com/sifoodotcom untuk mengikut banyak lagi tips design yang terkini.
Tambah komen