#sifoodotcom

Tips Mengambil Foto Menggunakan Kamera Telefon

“Nak tanya cara mengambil gambar menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan hasil foto yang cantik”.

Begitulah bunyi satu soalan yang dikemukakan di dalam Group Facebook Sifoo. Soalan yang menarik kerana kebelakangan ini banyak produk telefon yang menawarkan kualiti foto yang agak tinggi, ditambah lagi dengan keupayaan application untuk editing terus di dalam telefon.

Tips Mengambil Foto Menggunakan Kamera Telefon

  1. Kenali kamera telefon anda. Apa function yang ada, kelebihan dan kekurangan berbanding telefon lain atau kamera biasa.
  2. Fahami elemen komposisi (composition) di dalam fotografi seperti Rule of Thirds, Balance, Leading Lines, Symmetry, Framing dan lain-lain. Sila rujuk link berikut:
  3. Belajar fokus dan pilih subjek sebagai Point of Interest.
  4. Sentiasa mencari framing dengan subjek yang menarik. Praktis The Art of Seeing.
  5. Perhatikan sumber cahaya. Kamera telefon akan cuba mendapatkan exposure yang betul tetapi ada masanya tidak dapat seperti apa yang kita harapkan. Jadi, cuba susun subjek yang diambil supaya cahaya jatuh melimpahi subjek tersebut. Fahami sifat cahaya.
  6. Gunakan function seperti HDR dan Panorama Stitching.
  7. Gunakan lensa tambahan untuk telefon anda seperti macro lens, fish eye dan lain-lain.
  8. Gunakan App untuk editing. Snapseed dan VSCO antara app yang mempunyai function dan preset yang bagus untuk kerja editing foto.

Selamat Mencuba!!!

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

1 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed

Skip to toolbar