#sifoodotcom

Tips Pemula Affinity Designer: Alternatif Perisian Vektor Terbaik

Kursus di SIFOODOTCOM

Ramai yang minta #sifoodotcom buatkan tutorial menggunakan software hebat keluaran syarikat Affinity yang masih kurang dikenali ramai ini.


Sebelum kita bercerita jauh dengan tips-tips dan tutorial yang lain, apa kata kita berkenalan terlebih dahulu dengan software hebat yang bakal buat anda jatuh cinta ini.

Ya, Tips Pemula Affinity Designer: Alternatif Perisian Vektor Terbaik.

Affinity Designer ini merupakan aplikasi/software yang baharu sahaja dicpita dan diperluaskan penggunaannya pada tahun 2014.
Berbeza dengan software keluaran Adobe yang sudah lama berada dalam industri dan sudah dikenali ramai sebagai software yang terbaik untuk menghasilkan design grafik.

Namun, kehadiran Affinity Designer ini memeberikan sedikit persaingan buat beberapa software keluaran Adobe memandangkan syarikat yang mencipta Affinity ini hadir dengan 3 software baharu sesuai untuk menjadi alternatif Adobe Photshop, Illustrator dan Indesign.

Berikut antara beberapa persamaan dan perbezaan antara Affinity Designer dengan Adobe Illustrator



Affinity Photo, Affinity Designer dan Affinity Publisher kini sudah mula digunapakai oleh ramai designer dan syarikat-syarikat kecil di luar sana memandangkan kos untuk mendapatkan software ini tersangatlah murah dibandingkan dengan software keluaran Adobe.


Selain harga yang berbaloi, software-software Affinity ini hadir dengan beberapa keunikan tersendiri yang mungkin anda dapati tidak ada di dalam software keluaran Adobe.

Disini #sifoodotcom kongsikan sedikit pengenalan dan beberapa ciri-ciri yang berbeza dalam Affinity Designer.

01. Pengurusan Layer

02. Fungsi Personas

Anda akan dapati 3 ikon kecil di bawah panel Menu. Ia dikenali sebagai Personas (atau Persona Switching apabila ingin mengubah fungsinya).

Designer Persona adalah pilihan design default berasaskan vektor yang membolehkan anda membuat reka bentuk berskala bebas, seperti yang anda lakukan dalam mana-mana perisian vektor lain.

Pixel Persona membolehkan anda bekerja dalam mod design berasaskan raster. Mudah untuk menggabungkan elemen vektor dengan tekstur raster yang sangat terperinci.

Eksport Persona membolehkan anda mempunyai lebih banyak pilihan terhadap bagaimana file anda ingin dieksport. Anda boleh membuat pilihan ‘Slices’ untuk mengeksport spesifik zon atau ingin eksport banyak file sekaligus.

03. Kaedah Copy dan Paste Effects(fx)

04. Aktifkan Anchor Point Pada Basic Shape


Apa pendapat korang dengan software ini?
Silakan berkongsi pendapat atau pengalaman menggunakan software ini, mana tahu ada yang menilai pandangan anda untuk mereka jadikan rujukan.


Kita akan bercerita lebih lanjut tentang software ini dan juga tentang Affinity Photo & Affinity Publisher di mana akan datang.

Silakan Share perkongsian ini kepada lebih ramai orang supaya, mereka yang tercari-cari alternatif hebat yang berbaloi untuk bermula design grafik dapat ilmu ini.

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed