#sifoodotcom

Tips Potong Gambar (Crop Image) Gaya Profesional

Kursus di SIFOODOTCOM

Jika anda menganggap bahawa memotong foto (crop photo) semudah memotongnya mengikut kepada saiz yang anda mahukan, anda mungkin akan kehilangan kekuatan dan kehebatan sebenar fungsi crop gambar ini. 

Bayangkan ruangan crop yang ingin dibuat mengikut spesifikasi dan asbab yang betul boleh membantu menambah baik kekuatan visual yang ada pada sesebuah gambar. 

Ketahui antara teknik yang terbaik untuk crop gambar dan dapatkan gambar yang lebih dramatik dari gambar yang pernah dirakamkan.

01. Tingkatkan Emosi Gambar

Sekiranya gambar itu ingin memaparkan perasaan atau emosi, fokuskan pada elemen tersebut. Dekatkan pandangan dengan emosi gambar. Gembira, sedih, marah dan lain-lain.

02. Fokus Perkara Penting

Cropping boleh membantu meningkatkan komposisi gambar dan buang perkara-perkara yang berselerak dan tidak berkaitan yang boleh mengganggu pandangan orang.

03. Biar Gambar Bercerita

Kadang-kadang kita memerlukan gambar yang lebih luas. Terutama untuk menggambarkan suasana atau tempat. Jika terlalu dekat crop dengan subjek, suasana sebenar akan hilang fokus.

04. Crop Pada Paras Mata

Elakkan crop gambar terlalu tengah dan memenuhi ruang. Crop gambar orang pada paras mata dan biarkan sedikit ruang bernafas (breathing space) dari muka subjek.

05. Jangan Potong Pada Bahagian Sendi Anggota Badan

Potong gambar pada sendi anggota badan akan membuatkan gambar kelihatan janggal dan cacat. Ketahui garis potongan yang sesuai untuk badan manusia. Rujuk gambar di atas.

06. Terapkan Unsur Rule Of Thirds

Jangan lupa rahsia terulung untuk hasil gambar yang menarik. Posisikan subjek pada garis persilangan dalam “Rule of Thirds”.

07. Jangan Takut Mencuba

Kadangkala, kita boleh “break the rules” dan lakukan percubaan demi percubaan. Jangan ragu-ragu untuk mencuba sesuatu yang baharu dan unik.

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed