#sifoodotcom

Tools Dalam Canva Yang Anda Mungkin Tak Tahu Kewujudannya

Kursus di SIFOODOTCOM

Ramai yang dah tahu dan pernah guna aplikasi Canva tetapi mungkin ada sesuatu di dalamnya yang anda tak perasan. Apa dia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Ok. Kali ini, kami ingin kongsikan tools yang Canva sediakan untuk anda bagi memudahkan kerja design terutamanya kepada designer baharu atau yang belum biasa membuat design.

Tak reti nak pilih gabungan font? Susah nak gabungkan warna? Tak faham tentang saiz? Mari tengok apa yang Canva sediakan.

Canva Font Combinations

Canva Font Combinations, tool ini sangat menarik bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia design. Kekeliruan memilih gabungan font yang bersesuaian antara tajuk dan info kini tidak lagi menjadi suatu masalah.

Paparan utama

Anda hanya perlu masukkan jenis font utama design anda dan kemudian Canva akan mencadangkan beberapa pilihan yang sesuai dengan jenis font tersebut.

Contoh seperti gambar di bawah:

Sebaik sahaja keluar cadangan font yang sesuai dengan jenis font pada tajuk anda. Canva juga beri contoh pada sebelah kanan sebagai idea awal sebelum kita menerima cadangan tersebut.


Canva Colors

Canva Colors, terdapat beberapa tools yang bakal membantu anda memilih dan menggabungkan warna.

Canva Color – Empat pilihan tools

Anda dapat perhatikan bahawa Canva telah menyediakan empat tools yang memudahkan kita memilih gabungan warna yang bersesuai.

1. Color Palette Generator

Apabila kita upload image yang kita ingin melihat major warna yang terhasil dalam gambar. Canva akan bantu menghasilkan satu warna palette yang mengikut kesesuaian.

Color pallete yang terhasil adalah dari warna-warna yang terdapat di dalam gambar yang anda upload tadi. Menarik bukan?

2. Color Palettes Idea

Di dalam Color Palettes Idea, anda boleh melihat senarai gabungan warna yang telah disediakan. Anda boleh mulakan dengan warna utama pilihan anda atau klik pada gabungan warna yang anda minati. Mari lihat video berikut:

Cadangan gabungan warna

Setelah anda menekan pilihan gabungan yang diminati, anda akan ditunjukkan kod warna serta gambar yang menghasilkan color pallete tersebut seperti yang ditunjukkan dalam video berikut:

Jika anda ingin memahami lebih mendalam tentang maksud warna, anda boleh klik pada link Explore Colors. Kemudian, klik pada mana-mana kotak warna. Canva akan bentangkan kepada anda pemahaman tentang warna. Sungguh informatif! Lihatlah video berikut:

Fahami maksud warna

3. Roda Warna

Color Wheel adalah antara pengetahuan asas dalam ilmu tentang warna.

Color theory is a practical combination of art and science that’s used to determine what colors look good together. The color wheel was invented in 1666 by Isaac Newton

Canva menyediakan lima color combination rules iaitu Complementary, Monochromatic, Analogous, Triadic dan Tetradic. Apa dia maksud color combination rules tersebut? Anda boleh baca dalam laman Color Wheel  tersebut (seperti yang dipaparkan di bawah ini).


Photo Editor

Khas bagi beginner dalam dunia design, Canva menyediakan tool suntingan fotog yang amat mudah digunakan iaitu Photo Editor.

paparan utama

Terdapat 6 pilihan feature yang tersedia di atas site ini, iaitu filter, adjust, crop, resize, rotate dan flip. Pengunaan feature yang tersedia amat mudah difahami dalam suntingan gambar.


Design Size Guide

Design size Guide membantu ada untuk memahami dan memilih saiz yang sesuai untuk kerja design anda. Walaupun Canva sudah menyediakan template, kita boleh juga jadikan Panduan Saiz ini untuk aplikasi dalam software atau aplikasi lain.

Bagi panduan saiz design, kami akan fokuskan mengenai kertas bersaiz jenis A,B, & C.

Saiz yang paling biasa kita pernah guna adalah jenis A (A0, A1, A2, A3 sehingga A10). Kertas saiz A2 banyak digunakan pada poster infografik. Kertas saiz A4 pula paling banyak digunakan dalam urusan kerja (standard).

Secara asasnya kesemua jenis saiz ini ada gandaan sekali dari saiz selepasnya. Sebagai contoh kertas bersaiz A4 adalah gandaan sekali bagi saiz A5 dan kurang gandaan sekali dari saiz A3. Begitu juga untuk jenis yang lain.

Saiz Siri B adalah alternatif kepada Siri A. Pilihan Siri B adalah sangat sesuai apabila Siri A terlalu besar atau terlalu kecil untuk dokumen yang anda sedang usahakan. Contohnya, saiz B5 terletak di antara saiz A4 dan A5.

Saiz C pula banyak digunakan dalam membuat envelope. Pilihan saiz C mestilah mengikut kesesuaian jenis saiz yang ingin dimasukkan ke dalamnya. Sebagai contoh, saiz C4 sesuai untuk saiz A4 tanpa perlu lipat, boleh juga sesuai untuk saiz A3 tapi perlu dilipat dua.

Tambahan dari saiz kertas yang disediakan dalam Canva ini adalah saiz jenis DL. Saiz DL banyak juga digunakan untuk sampul surat. Kebiasaanya, kita guna DL untuk masukkan kertas bersaiz A4 yang dilipat 3.

DL (99mm x 210mm). Sumber: Solopress

Ternyata pelbagai tool yang Canva sediakan untuk membantu menghasilkan design yang baik. Bersyukurlah kita 😉

Contohnya, gabungan font dan warna amatlah penting supaya informasi dan tarikan design itu diterima oleh pelanggan. Suntingan gambar yang disediakan juga tidak terlalu rumit untuk difahami. Selain itu, format saiz yang betul perlu diteliti agar tidak meyukarkan kita atau pelanggan untuk tujuan cetakan.

Kongsikan pandangan dan komen anda dalam ruangan di bawah.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed