#sifoodotcom

Tutorial CANVA Hasilkan Label Stiker dan Mock Cheque Menarik!

Klik Penaja Kami

Pernah guna Canva? Atau, setidak-tidaknya pernah dengar nama aplikasi Canva? Sejak kebelakangan ini, aplikasi ini semakin menjadi pilihan sebagai tool bagi menghasilkan grafik terutamanya untuk media sosial.

Saya sendiri telah mencuba aplikasi Canva ini dan saya telah cuba untuk menghasilkan rekaan grafik yang lebih canggih sedikit. Saja nak cabar diri dan nak cabar penggunaan software pro seperti Adobe.



Klik Penaja Kami

Saya ada hasilkan beberapa tutorial video di channel Youtube #SIFOODOTCOM. Jom kita lihat senarai tutorial Canva di bawah ini.

1. Reka Sendiri Label Stiker Produk

Tutorial ini menunjukkan teknik dan cara-cara untuk menghasilkan label stiker yang simple untuk produk terutamanya yang gunakan packaging kotak. Bolehlah cuba reka sendiri menggunakan aplikasi Canva. Mudah je. Lepas tu boleh print sendiri.

Tonton tutorial ini: https://youtu.be/e2wGmt3W6oo

2. Label Botol Air Jus Mangga

Tutorial ini menunjukkan kaedah mengukur dan merekabentuk label stiker untuk produk minuman yang menggunakan botol. Lihat teknik mengukur dan teknik menyusun design untuk permukaan botol yang melengkung. Lepas tu boleh cuba print sendiri label stiker tersebut.

Tonton tutorial ini: https://youtu.be/NlqJJxggdWg

3. Reka Mock Cheque Untuk Print

Event atau majlis anda memerlukan mock cheque? Ala…cheque duit yang olok-olok tu. Mungkin untuk wang mas kahwin semasa majlis perkahwinan, wang sumbangan atau apa sahajalah. Anda kena design dan print mock cheque tapi tak tahu macamana nak buat.



Klik Penaja Kami

Dalam video ini, kita akan gunakan aplikasi Canva yang percuma untuk membuat design mock cheque yang ready untuk dicetak dalam format PDF.

Tonton tutorial ini: https://youtu.be/N_1-3ZND2mU

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed