#sifoodotcom

Tutorial “Vector Art Style” Menggunakan Adobe Photoshop

Kursus di SIFOODOTCOM

Assalamualaikum dan hai semua sifoorians. Jadi dalam artikel kali ini saya nak kongsikan macam mana untuk menukarkan gambar menjadi vector-art style.

Ini sekadar efek yang boleh kita buat untuk menghasilkan artwork yang seolah-olah gambar vector-art menggunakan adobe photoshop.

Apa yang lebih penting sebelum memulakan tutorial ini, adalah kualiti gambar itu sendiri.

Pastikan gambar orang yang ktia guna memiliki pencahayaan yang baik supaya efek dari tutorial ini dapat memberikan hasil yang memuaskan.

Untuk tutorial ini, inilah sumber yang saya gunakan:


Set Up New Document & Cropping:

Tutorial kali ini saya akan bermula dengan setkan new document untuk artwork kita.
Setkan kepada 2000 x 2000 px | Resolution=300 | Color Mode=RGB

Masukkan gambar potrait dan cropkan bahagian orang sahaja.

Duplicate Layer:

Selesai cropping, duplicate layer model tersebut sekali.
Sekarang kita ada 2 layer yang sama.Tutup dahulu layer di atas untuk kegunaan pada step yang akan datang.

Kita bermula dengan layer dibawah dahulu.

Tambah Kesan “Smart Sharpen”:

Seterusnya kita ingin pastikan gambar kita lebih jelas(sharp) supaya setiap details yang ada pada model lebih menonjol. Dengan keadaan gambar model tersebut diaktifkan, pergi ke:

Filter> Sharpen> Smart Sharpen
Pada menu pop up yang keluar, set setiap nilaian seperti berikut:

Sekarang gambar kita kelihatan terlebih efek tambahan. Tidak mengapa, ini adalah sebahagian daripada teknik untuk kita dapatkan details yang lebih terperinci.

Tambah Kesan “Oil Paint”

Kemudian, kita akan tambah efek “Oil Paint” pada gambar, untuk menampakkan efek gambar yang seolah-olah diwarna menggunakan berus warna. Efek ini penting untuk memberi kesan yang baik pada bahagian gambar yang berbulu seperti bulu mata, kening, rambut, janggut atau misai.

Dalam keadaan layer tersebut aktif, pergi ke:

Filter> Stylize> Oil Paint

Pada menu pop up yang keluar, set nilaian seperti berikut:

Ini hasil daripada kesan tambahan efek “oil paint”

Bersihkan Dengan Filter “Median”:

Kesan daripada efek “oil paint” tadi menampakkan kesan yang tidak kita inginkan pada bahagian penting seperti kulit wajah bahagian dahi, pipi, hidung dan lain-lain. Bahagian kulit kita ingin lebih lembut supaya efek vektor berfungsi sebaiknya.

Untuk licinkan bahagian tersebut, kita akan gunakan layer ke 2 pada step duplicate tadi. Setkan layer tadi kepada visible dan tambah kesan median pada layer tersebut.
Filter> Noise> Median

Pada pop up yang keluat, setkan efek median kepada 15%:

Ini hasil dari tambahan kesan median

Sekarang kita ingin blendkan bahagian kulit yang kita mahukan, dengan layer bawah yang diberikan kesan “oil paint” tadi.

Apa yang kita perlu buat adalah, tambah “Layer Mask” pada layer diatas, dan invertkan terlebih dahulu(Ctrl+I).

Dalam keadaan Layer Mask aktif, menggunakan Tools Brush (Hardeness-0) dalam keadaan warna putih, beruskan pada bahagian kulit yang kita ingin kembalikan kesan median tadi.
Ingat! teknik ini untuk buang kesan menggerutu yang kita tidak ingi pada bahagian kulit, kesan dari “Oil Paint” tadi. Pada bahagian rambut, janggut dan lain-lain, kekalkan sahaja.

Hasil dari gabungan layer median dengan layer oil paint
Bahagian pada “layer mask” untuk layer median blend dengan layer bawahnya

Convert to Smart Object + Smart Sharpen

Gabungkan kedua-dua layer tersebut menjadi satu dengan aktifkan layer tersebut, right click dan “Convert to Smart Objek”.
Kemudian, tambah efek “Smart Sharpen” supada gambar kelihatan lebih sharp, dengan nilaian seperti berikut:

Ini hasil tambahan Smart Sharpen yang memberikan hasil yang lebih terang dan jelas

Duplicate Layer 3 Kali

Pada layer yang sudah digabungkan tadi, duplicate sebanyak 2 kali, dan namakan setiap layer tersebut seperti berikut:

Tambah Efek “Cutout” Pada Layer Hard Effect

Selesai duplicate dan namakan ketiga-tiga layer tersebut, “unvisible” kan dahulu layer High Pass dengan Soft Effect kerana kita akan bermula dengan layer Hard Effect dahulu.

Dengan keadaan layer Hard Effect aktif, pergi ke:

Filter> Filter Gallery> Artistic> Cutout

Pada pop up yang keluar, pergi ke Artistic dan tambah kesan Cutout, dengan setiap nilaian seperti berikut.

Selesai tambah efek Cutout ini, kita akan bagi kesan yang lebih sharp pada gambar ini untuk menampakkan pada hujung warna yang berbeza tidak terlalu lembut. Kita akan tambah “Smart Sharpen” untuk bagi kesan ini kelihatan lebih vektor dari sedia ada.
Seperti biasa Filter> Sharpen> Smart Sharpen>

Dengan nilaian ini:

Ini hasil tambahan smart sharpen yang memberikan garisan yang lebih terang

Tambah Efek “Cutout” Pada Layer Soft Effect

Selesai untuk layer Hard Effect, buat perkara yang sama pada layer Soft Effect dengan sedikit ubahan nilai pada filter cutout, seperti berikut:

Selesai tambah efek “cutout” dengan “smart sharpen”. setkan nilai “fill” layer ini kepada 35% sahaja. Ini kerana kita hanya inginkan kesan efek pada layer ini blend sedikit pada layer hard effect.

Ini hasil gambar kita sekarang, lebih banyak details, dan kita kurangkan warna yang terlalu banyak pada sisi sisi warna kesan dari “smart sharpen”

Tambah Filter High Pass Pada Layer High Pass

Sekarang step terakhir adalah untuk tambah sedikit sharp pada gambar dengan teknik high pass. Aktifkan kembali layer high pass, dan tambah efek dengan pergi ke:

Filter> Others> High Pass

Setkan nilai Rasiusnya kepada 2pixels sahaja.

Setelah itu, pada blend mode layer tersebut, setkan kepada “overlay”

Sudah Siap! Sedikit Nota Tambahan:

Inilah hasil daripada tutorial kita pada kali ini. Sedikit nota tambahan:

  • Untuk sebarang tambah baik pada bahagian tertentu yang kurang jelas, anda boleh tambah sendiri dengan masukkan bentuk menggunakan tools “shape”.
  • Anda boleh kurangkan mana-mana efek tambahan sepanjang step ini mengikut kesesuaian anda, samada untuk kelihatan lebih banyak details, atau secukup rasa dengan beberapa bentuk warna.

Bonus! Tambah Texture Efek Ala-Ala Komik Dengan Halftone:

Aktifkan layer paling ats dan klik:
(Ctrl +Alt + Shift+ E) Serentak untuk Duplicate Merge Layer.

Pada Layer yang baru keluar tersebut, klik tetikus kanan dan set “Convert to Smart Object”
Kemudian pergi ke:

Filter> Filter Gallery> Sketch> Halftone Pattern
Setkan nilaian seperti berikut:

Kemudian, setkan blend mode layer tersebut kepada “overlay” dengan nilai fill sebanyak 35% sahaja:

Inilah hasil akhir gambar kita. Menarik bukan?

Untuk lebih menarik, pastikan anda bermain dengan “Adjustment Layer” untuk nampakkan lagi kekuatan warna dan sebagainya.
Ini hasil saya setelah tambah beberapa adjustment layer seperti berikut:
Saya tambah:

  • Levels
  • Vibrance
  • Color Balance
  • Brightness/Contrast

Dan inilah hasil akhir saya dengan warna background:

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan hasil anda. Saya berminat untuk lihat hasil dari anda sendiri. 🙂

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed