Klik Penaja Kami
UNI #SIFOODOTCOM (https://uni.sifoo.com) merupakan platform kursus online yang menyediakan senarai kursus-kursus dalam bidang kreatif – grafik, video, animasi dan lain-lain.
Jika anda sedang mencari-cari tempat untuk belajar grafik seperti photoshop, illustrator dan lain-lain, #SIFOODOTCOM menyediakan satu platform kursus online untuk anda.
UNI.SIFOO.COM
UNI merupakan azam team #SIFOODOTCOM untuk menjadikan platform online sebagai satu pusat pendidikan online ala universiti atau akademi yang mengkhususkan kepada kemahiran seni visual dan kreatif. Mungkin suatu hari nanti akan ada kursus online dengan pengiktirafan sijil berdasarkan penilaian ujian dan hasil kerja. InsyaAllah.
Buat masa ini, untuk permulaan, terdapat kursus-kursus menarik seperti belajar Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Premiere Pro, Adobe After Effects serta belajar melukis dan mengambil video menggunakan smartphone. Tajuk-tajuk kursus ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke masa.

Kaedah Pembelajaran di UNI.SIFOO.COM
Sistem belajar di UNI.SIFOO.COM adalah sama seperti platform belajar online yang lain seperti Udemy dan SkillShare. Pilih kursus yang diminati, buat pendaftaran dan pembayaran, dan seterusnya anda akan mendapat akses kepada semua topik yang telah disusun. Anda boleh belajar pada bila-bila masa sahaja mengikuti rentak dan kesesuaian masa anda sendiri.
Anda boleh belajar pada bila-bila masa sahaja mengikuti rentak dan kesesuaian masa anda sendiri.

Topik-topik mempunyai video pembelajaran lengkap dengan visual dan audio serta nota dan bahan yang diperlukan.

Sijil Kursus Digital
Di akhir setiap kursus, pelajar yang telah melengkapkan kesemua topik dalam kursus tersebut akan menerima sijil kursus digital yang boleh disimpan dan dicetak sendiri.

Jadi, baguslah…selepas belajar dapat sijil yang boleh digunakan sebagai bukti belajar dan bukti kemahiran yang boleh digunakan dalam apa juga bidang kerjaya anda.
Assalamualaikum,
Nak tanya macam mana nak join kursus online yg dianjurkan?
Boleh lawati https://uni.sifoo.com