#sifoodotcom

Vectr, Semudah ABC

Kursus di SIFOODOTCOM

Hai viewers sifoodotcom!!! Harini saya nak review satu online application yang percuma dan mudah untuk digunakan iaitu Vectr.

Untuk review kali ni, saya ingin kongsikan cara menggunakan free app ni dan pengenalan serba sedikit mengenai tools dan panel.

Pengguna luar perlu sign up dahulu sebelum memulakan Vectr ini untuk kali pertama. Anda diberi pilihan sama ada ingin menghubungkan akaun facebook, Twitter atau Google. Selain dari tiga akaun tu anda juga dibolehkan untuk masuk dengan akaun email yang lain.

Tools

Bagi saya app ni memang sangat mudah untuk digunakan kerana tools yang disediakan tidak terlalu susah untuk difahami.

Jika kita lihat pada tools bar yang tersedia pada kiri artboard, kita akan dapat lihat 4 icon tools seperti shape (rectangle, rounded rectangle dan ellipse), pen, pencil, text dan ikon upload image.

Menariknya, bila saya menggunakan shape tool ni, kita boleh letak image pada bentuk tersebut. Seperti konsep masking yang kita boleh aplikasi dalam Adobe Photoshop, Kita juga boleh terus ubah ubah fill dan stroke.

Pilihan fill yang tersedia adalah solid color dan gradient (linear dan radial). Dan kesemua ini boleh kita dapati pada panel bar sebelah kanan artboard.

Anda boleh setting kedudukan centre radial gradient

Bagi tools yang lain, kat sini saya tidak fokuskan sangat kerana tiada apa pon yang berbeza konsep nya dengan tools pada software atau apps lain. Contohnya, masih juga ada anchor dan handling bila guna pen tool. Begitu juga pencil tool dimana kita boleh melakar secara bebas

Page & Layers

Pages, yang dapat saya simpulkan dalam Vectr ini dia seperti konsep “Tab”. Di mana kita hanya perlu tambah dan lihat mana page yang kita kehendaki.

Layers juga merupakan konsep yang sama. Layer di atas akan membawa image ke bahagian hadapan begitu juga sebaliknya. Selain itu, kita juga boleh susun atur kedudukan hadapan dan belakang dengan ikon yang akan terpapar setelah menekan objek atau gambar tersebut.

Terdapat juga ikon flip secara verticle dan horizontal

Export

Export adalah langkah akhir setelah kita selesai menggunakan Vectr. Ikon export yang disediakan pada Vectr terletak di atas panel bar. Tapi tak menariknya bila saya menekan download tersebut dia akan export dalam format file SVG. Begitu juga link yang disediakan.

Begitulah mudahnya menggunakan aplikasi Vectr ini. Anda boleh cuba sendiri. Apa komen anda tentang kewujudan aplikasi Vectr ni?

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

1 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed