#sifoodotcom

Video Palsu: Bolehkah Anda Cam Yang Ori vs Yang Fake?

Kursus di SIFOODOTCOM
How Fake Videos Are Made — and How to Spot Them

We can now create videos of people saying things they never said. This is how you can spot them.Watch the full TED Talk here: http://t.ted.com/3QRYWQY

Posted by TED on Tuesday, November 19, 2019

Tonton video di atas. Anda dapat teka video mana yang palsu – video orang terkenal bercakap apa yang tak pernah mereka ucapkan?

Supasorn Suwajanakorn, seorang pelajar sarjana, menunjukkan bagaimana beliau menggunakan Artificial Intelligent (AI) dan pembinaan model 3D untuk mencipta video palsu yang ‘photorealistic’ dan selaraskan dengan audio percakapan.

Teknologi Deepfake

Inilah yang dikatakan teknologi deepfake – gabungan perkataan “deep learning” dan “fake”. Deepfake adalah bahan media sintetik atau palsu di mana wajah atau tubuh seseorang dalam foto atau video ditukarkan kepada orang lain yang mirip.

Semua ini dilakukan dengan teknologi komputer yang semakin canggih. Ada yang boleh dilakukan dengan pelakon yang melakukan aksi tetapi ciri orang yang disasarkan dikekalkan. Semakin canggih, apabila tiada pelakon diperlukan, hanya dengan kebijakan AI dan 3D model sahaja. Semakin menakutkan.

Nak Cuba MugLife?

Alaaahai…Ok je rambut panjang.

Posted by Imran Abdul Jabar on Saturday, April 11, 2020
Saya cuba gabungan FaceApp dengan MugLife

Posted by Imran Abdul Jabar on Saturday, March 28, 2020
Cubaan MugLife ke atas logo KFC

Aplikasi mobile MugLife ini menarik kalau digunakan dengan kreatif 😉

Setiap Teknologi Ada Baik dan Buruknya…

Begitulah yang diucapkan oleh Supasorn Suwajanakorn. Akan muncul penyalahgunaan teknologi ini untuk menganiaya atau memfitnah orang lain. Dengan teknologi yang semakin canggih, semakin sukar untuk membezakan antara yang asli dengan yang palsu.

Pening juga kan?

Reality Defender pada awalnya dikeluarkan dalam format ‘web browser extension’ untuk membantu membezakan media asli dengan yang palsu. Tetapi, admin tidak menjumpai lagi extension tersebut dalam senarai.

Kini, Reality Defender 2020 boleh dijumpa di laman web https://rd2020.org. Akses untuk menggunakan teknologi ini dibuka hanya dengan membuat permohonan terlebih dahulu untuk wartawan atau kempen.

https://rd2020.org/

Okay. Semoga kita semua sedar bahawa dalam dunia sekarang ini, tidak semua adalah benar dan akses kepada penghasilan bahan palsu untuk melakukan penganiayaan dan fitnah adalah semakin mudah.

Semoga kita dijauhkan daripada segala urusan yang merosakkan dan tidak mendatangkan faedah. InsyaAllah.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed