#sifoodotcom

Wacom Keluarkan Cintiq Paling Murah Setakat Ini

Kursus di SIFOODOTCOM

Jika anda dok usha Cintiq selama ini tapi belum mampu lagi sambar satu, mungkin penantian anda boleh berakhir…


Wacom telah mengumumkan keluaran model Cintiq terbaru yang paling murah setakat ini. Harga model-model Cintiq Pro yang sedia ada adalah agak tinggi juga. Semakan di kedai online tempatan memaparkan Cintiq Pro dijual pada harga RM4,400 sehingga RM10,000.

Cintiq Pro 13 – RM4,400+

Terbaru: Wacom Cintiq 16

Wacom Cintiq 16

Cintiq 16 diletakkan dalam kategori entry-level pada harga USD649 (RM2,600++). Walaupun entry-level, Cintiq 16 memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan model yang pro-level.

Ia mempunyai skrin 15.6 inci dengan 1920 x 1080 paparan Full HD. Pen stylusnya, Wacom Pro Pen 2, mempunyai 8,192 tahap pressure-sensitivity dan tidak perlu dicaj.

Wacom menyasarkan model ini kepada artis yang ingin berhijrah dari sebelum ini melukis di atas tablet tanpa skrin kepada melukis secara langsung ke atas skrin. Harga yang agak rendah ini mampu membantu penghijrahan ini dengan lebih mudah.

Cintiq 16 hanya pada paparan 2K manakala model Pro yang lain mempunyai paparan 4K. Ketepatan warna Cintiq 16 hanya pada 72% NTSC color gamut manakala model Pro yang lain mempunyai ketepatan 90% Adobe RGB

Perbezaan utama antara Cintiq 16 dengan Cintiq 16 Pro ialah resolusi skrin dan ketepatan warna. Cintiq 16 hanya pada paparan 2K manakala model Pro yang lain mempunyai paparan 4K. Ketepatan warna Cintiq 16 hanya pada 72% NTSC color gamut manakala model Pro yang lain mempunyai ketepatan 90% Adobe RGB – lebih tepat, lebih hidup. Untuk permulaan, kiranya Cintiq 16 boleh lagilah nak guna melainkan anda bekerja dalam industri tahap tinggi.

Cintiq 16 belum sampai lagi di Malaysia. Jadi, kena tunggulah sikit masa lagi. Atau, kalau tak sabar bolehlah tempah online dari negara luar 😉

Review di Youtube oleh CubeCrush

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed