#sifoodotcom

Warna bertukar pada Web & Peranti?

Kursus di SIFOODOTCOM

Adakah anda pernah mengalami keadaan reka bentuk yang anda hasilkan menggunakan Adobe Photoshop bertukar warna apabila anda memuatnaik di Web atau pada peranti mudah alih anda?

cmyk_ori
Keadaan asal dalam Adobe Photoshop
cmyk_savebiasa
Sebahagian warna bertukar apabila dipaparkan di Web atau peranti mudah alih

 

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Di mana silapnya?

Permasalahan ini berlaku apabila kita menggunakan mod CMYK, iaitu mod warna yang menjadi pilihan apabila kita ingin membuat reka bentuk untuk percetakan. Kebiasaannya, apabila kita ingin Save fail imej reka bentuk yang telah kita hasilkan, kita menggunakan Save As dan memilih .JPEG sebagai format imej. Akan tetapi, apabila fail tersebut dilihat dalam Web atau peranti, warnanya bertukar daripada warna asal kerana Web atau peranti hanya akan membaca warna dalam mod RGB sahaja.

Bagaimana ingin melihat warna imej yang telah di set dalam mod CMYK?

saveweb
Pernahkah anda Save fail imej anda dengan menggunakan Save for Web & Devices?

Untuk melihat warna yang sama seperti mod CMYK, anda perlu Save fail imej reka bentuk anda dengan menggunakan Save for Web / Save for Web & Devices. Apabila anda menggunakan cara ini, warna yang anda pilih dalam Adobe Photoshop akan kekal dan tidak akan berubah apabila dipaparkan di Web dan peranti. Ini kerana Save for Web & Devices telah menyimpan fail imej anda dalam mod RGB walaupun anda telah set fail projek anda dalam mod CMYK pada awalnya.

saveweb100
Gunakan Save for Web untuk Save fail imej dalam mod RGB walaupun fail projek anda telah di set dalam mod CMYK

 

cmyk_saveweb
Hasilnya, paparan warna di Web dan peranti akan sama seperti dalam Adobe Photoshop yang menggunakan mod CMYK

Selamat mencuba.

Komen via Facebook

Aidil Azim

Kursus di SIFOODOTCOM

1 komen

  • Assalamualaikum w.b.t

    Saya berminat mengikuti tutorial dalam web Sifoo namun tiada kelapangan untuk menghadiri kursus yang dianjurkan disebabkn komitment kerja. Bolehkan tuan menyediakan pakej tutorial khususnya Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator (yang mungkin tiada dalam web sifoo) yang boleh saya beli untuk belajar di masa kelapangan. Saya dimaklumkan oleh kawan saya yang pernah menghadiri kelas tuan pada 4 tahun lepas, beliau memperoleh CD tutorial + projek yang amat berguna untuk menguasai kemahiran asas dalam seni grafik menggunakan photoshop dan illustrator.

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed