#sifoodotcom

Xiaomi Redmi Note 9 Pro vs Xiaomi Redmi Note 10 Pro – Apa Yang Telah Berubah?

Klik Penaja Kami

Pada Mac lalu, Xiaomi Redmi Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar baru iaitu Xiaomi Redmi Note 10 Pro. Peranti ini merupakan versi yang telah dikemaskini daripada keluaran Xiaomi Redmi sebelumnya iaitu Xiaomi Redmi Note 9 Pro, yang diperkenalkan di Malaysia pada bulan Mei 2020.

Kedua-dua peranti ini merupakan telefon pintar bajet kelas pertengahan dari syarikat Xiaomi dan didatangi dengan spesifikasi yang tinggi dengan harga yang berpatutan. Namun, di antara dua peranti ini, apa yang telah berubah dari segi ciri-ciri fizikal? Apa yang berbeza diantara Xiaomi Redmi Note 9 Pro dan Xiaomi Redmi Note 10 Pro?




Rekaan

Saiz dan berat kedua-dua model agak serupa tetapi masih terdapat sedikit perbezaan diantara keduanya. Xiaomi Redmi Note 9 Pro mempunyai ukuran 165.8 x 76.7 x 8.8 mm dan berat 209 g manakala Xiaomi Redmi Note 10 Pro pula mempunyai ukuran 164  x  76.5  x  8.1 mm dengan berat yang lebih ringan iaitu 193 g.

Kedua-dua model Xiaomi Redmi Note 9 Pro dan Xiaomi Redmi Note 10 Pro mempunyai rekaan yang  moden dan menarik. Terdapat beberapa persamaan diantara kedua-dua peranti iaitu ianya didatangi dengan butang kuasa di sebelah kanan telefon yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Kedua-dua peranti juga mempunyai ruang kad untuk dwi-kad SIM dan slot microSDXC.

Pada bahagian belakang telefon, terdapat satu perbezaan ketara antara Xiaomi Redmi Note 9 Pro dengan Xiaomi Redmi Note 10 Pro iaitu penempatan bonggol kamera. Kamera Xiaomi Redmi Note 9 Pro terletak di bahagian tengah peranti manakala kamera Xiaomi Redmi Note 10 Pro terletak di bahagian kanan peranti.

Paparan

Kedua-dua model ini mempunyai saiz paparan yang sama iaitu berkeluasan 6.67 inci dan paparan ini dilengkapi dengan perlindungan kaca Corning Gorilla Glass 5 namun yang membezakan mereka adalah Xiaomi Redmi Note 9 Pro menggunakan skrin DotDisplay LCD FHD+ dengan kadar segar semula 60Hz manakala skrin Xiaomi Redmi Note 10 Pro merupakan AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Kedua-dua peranti juga mempunyai bezel yang nipis, menampakkan rekaan skrin yang agak panjang untuk peranti-peranti tersebut  dengan nisbah aspek 20:9 dengan resolusi 1080 x 2400 pixel.

Kamera

Xiaomi Redmi Note 9 Pro didatangi dengan sistem Kamera belakang quad. Ianya terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 5MP dan kamera sensor kedalaman 2MP. Untuk kamera swafoto di hadapan pula, telefon pintar ini menawarkan kamera 16MP.



Klik Penaja Kami

Xiaomi Redmi Note 10 Pro juga menawarkan sistem quad kamera di bahagian belakang dan mempunyai kualiti kamera utama yang amat bagus. Quad kamera bagi model ini terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 5MP dan kamera sensor kedalaman 2MP. Untuk kamera swafoto di hadapan, model ini juga menawarkan kamera 16MP.

Prestasi

Xiaomi Redmi Note 9 Pro mempunyai cipset Snapdragon 720G yang merupakan sebuah cipset kelas pertengahan yang direka khas untuk prestasi permainan mobil dan penggunaan media di samping pengurusan bateri yang cekap. Sistem operasi yang dimuatkan adalah Android 10 dengan perisian MIUI 11. Memori RAM bagi model ini adalah 6GB manakala memori storan mempunyai pilihan sama ada 64GB atau 128GB.

Model Xiaomi Redmi Note 10 Pro pula mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding model Xiaomi Redmi Note 9 Pro dengan cipset Snapdragon 732G dan sistem operasi Android 11 dengan perisian MIUI 12. Memori RAM bagi Xiaomi Redmi Note 10 Pro adalah 8GB dan memori storan adalah 128GB.

Diantara kedua-dua peranti ini, Xiaomi Redmi Note 10 Pro menunjukkan prestasi yang lebih baik dan lebih pantas berbanding Xiaomi Redmi Note 9 Pro. MIUI 12 juga mempunyai ciri istimewa iaitu Floating Windows di mana sesebuah aplikasi boleh dibuka secara terus di atas satu aplikasi lain. Lagi satu fungsi menarik yang khusus di Xiaomi Redmi Note 10 Pro adalah fungsi Game Turbo, satu perisian khas yang membolehkan pemantauan prestasi permainan ketika bermain.

Bateri

Dari segi bateri, kedua-dua model menawarkan bateri dengan kapasiti yang sama iaitu 5020 mAh dan menggunakan USB Type-C untuk pengecasan tetapi Xiaomi Redmi Note 9 Pro mempunyai kadar pengecasan pantas berwayar 30W manakala Xiaomi Redmi Note 10 Pro menawarkan sokongan kadar pengecasan pantas berwayar 33W.

Melalui kapasiti bateri 5020 mAh, screen-on-time (SOT) bagi kedua-dua model adalah hampir sama, iaitu sekitar 6 jam tapi tempoh ini boleh berkurang atau bertambah bergantung kepada bagaimana cara penggunaan telefon dan jenis aplikasi yang digunakan.

Telefon bimbit Xiaomi dipasarkan di Asia dan di Eropah dan dikenali ramai di Asia Tenggara. Kini, peminat telefon dan teknologi seluruh Asia Tenggara boleh mendapatkan peranti Xiaomi Redmi dan bandingkan harga diantara Xiaomi (Malaysia), Xiaomi (Philippines) dan Xiaomi (Singapore) untuk menentukan nilai yang terbaik.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed