#sifoodotcom

Yeanni Khoo Penerus Legasi Sulaman Masyarakat Malaysia.

Kursus di SIFOODOTCOM

Lazimnya kita ketahui bahawa seni sulaman bermula daripada kaum Melayu kerana ia sangat dekat dengan kita kerana kebanyakkan perhiasan di rumah seperti alas meja, alas kerusi malah pada baju kaum Melayu mempunyai sulaman. Tetapi menurut sejarah, sulaman berasal daripada pedagang-pedagang dari China pada abad ke-18 Masihi. Perkara ini dibuktikan oleh Yeanni Koo, seorang gadis yang sangat berbakat dalam bidang ini dan bergiat aktif menghasilkan seni sulaman hingga kini.

Siapa Yeanni Koo?

Yeanni Koo atau nama sebenar Koo Yean Ni lahir pada 1994, merupakan pelajar lepasan Dasein Academy of Art dalam bidang Fine Art. Dari zaman belajarnya, beliau sangat aktif menyertai pameran secara berkumpulan dan akhirnya berpeluang mempamerkan kerjayanya di Hong Kong dan Shanghai baru-baru ini. Yean Ni juga berjaya mengadakan pameran solo pertamanya di Findars Art Space pada 2016 dan Berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori Petron Art Competition (kategori lukisan) dan juga tempat pertama untuk pertandingan Maybank Hari Raya Aidilfitri Rekaan Wau Kreatif. Ketahui lebih banyak pencapaian Yean Ni di sini.


Antara Karya Yang Dihasilkan Yean Ni.


Terlibat Program Amal Untuk Berkongsi Kebahagiaan

Yean Ni juga turut terlibat dalam program secara sukarela. Beliau pernah mencorakkan kekretivitiannya pada muka kanak-kanak secara sukarela sempena program amal.

Sumber kebahagiaan adalah dengan melihat orang lain bahagia- Yean Ni.


Yean Ni Bersama Koleksi Seni Sulamannya.


Bengkel Sulaman Yean Ni.


Yean Ni Bersama Koleksi Nukilan Yang Lain.

Antara hasil karya Yean Ni yang sempat dirakamkan.

Seni sulaman pada awal kedatangannya hanya mmapu dirasai oleh keluarga dari kalangan bangsawan dan kerajaan. Tetapi pada hari ini, kita patut bersyukur kerana sesiapa saja boleh menggunakan bahan bermotif sulaman dan ianya sangat bermakna.

Anda boleh mengikuti kisah Yean Ni dengan lebih mendalam di sini atau ikuti beliau di Facebook, Instagram dan Pinterest milik beliau.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed