#sifoodotcom

Zoom Aplikasi Mesyuarat Online: Isu Keselamatan dan Aplikasi Alternatif

Kursus di SIFOODOTCOM

Semenjak MCO di Malaysia (dan seluruh dunia), aplikasi Zoom menjadi pilihan popular untuk melakukan mesyuarat online. Tetapi…

Kecoh apabila diberitakan bahawa Zoom mempunyai isu keselamatan dan privasi yang menggusarkan.

Mesej melalui Whatsapp yang kemudiannya, disahkan palsu oleh BNM.

Lagi Petikan Tentang Isu Zoom

Saya rasa telah ada ada banyak perkongsian tentang isu Zoom yang telah berlegar-legar di media sosial. Jadi, saya tak nak fokus sangat ke arah isu tersebut. Saya akan fokuskan kepada review tentang aplikasi Zoom dan apa alternatif lain jika tidak mahu menggunakan Zoom.

Zoom

https://zoom.us

Zoom adalah aplikasi yang memberi akses percuma untuk mengendalikan mesyuarat online. Ia menjadi popular apabila agensi kerajaan dan institusi pendidikan mula menggunakannya untuk mesyuarat dan pengganti sesi kelas. Bagus sangatkah Zoom?

Saya guna Zoom untuk sharing di media sosial.

Saya pun mula mencuba menggunakan Zoom untuk berkongsi secara online dan menyertai sesi online yang dikendalikan oleh rakan lain.

Pendapat saya:

  • Zoom senang untuk digunakan walaupun untuk pertama kali guna.
  • Zoom memiliki fungsi dan ciri yang lengkap seperti whiteboard, chat dan kualiti strim yang baik.

Adakah Isu Keselamatan dan Privasi Zoom Perlu Diambil Peduli?

Pihak CyberSecurity Malaysia telah mengeluarkan panduan tentang aplikasi persidangan video (secara umumnya…bukan untuk Zoom sahaja).

Saya kongsikan aplikasi alternatif kepada Zoom di bahagian bawah artikel ini.

Pendapat santai tapi padu oleh Sdr. Yahyal Haq.
Pendapat dari Sdr. Darzani
Update 9 April 2020 dari Zoom
  • Sila dapatkan update terkini dari Zoom.
  • Jangan biarkan sebarang orang yang tidak dikenali masuk dalam sesi online.
  • Set password sesi mesyuarat. Hanya berikan kepada yang berkenaan sahaja.
  • Jangan klik sebarang link yang mencurigakan dalam chat window.

Aplikasi Alternatif

Berikut adalah aplikasi alternatif yang saya sempat cuba dan uji.

Google Meet

  • Kalau ada GSuite, Google Meet adalah versi bisnes kepada Google Hangout.
  • Percuma sehingga 25 peserta.
  • Kualiti yang baik untuk strim video (sehingga 720p) dan audio.
  • Fungsi screen sharing dan chat.

EzTalks

  • Mempunyai ciri yang sama dengan Zoom.
  • Malahan, user interface(UI)nya sangat sama dengan Zoom.
  • Menyediakan fungsi polling atau undian yang menarik.
  • Tetapi, kualiti strim tidak memuaskan. Ada masa, peserta gagal untuk sertai sesi.

Lark Meetings

  • Saya suka dengan UI Lark. Kemas dan bersih. Sedap mata memandang.
  • Tetapi, Lark kurang sedikit dari segi fungsi. Tiada chat.
  • Paparan screen sharing juga agak kurang memuaskan.

Jitsi

  • Terlalu basic. Tidak cukup untuk sesi perkongsian yang memerlukan screen sharing, chat dan lain-lain.
  • Tak perlu download app. Hanya install browser extension.

DingTalk

  • Oh DingTalk! Kami di SIFOODOTCOM sememangnya menggunakan DingTalk.
  • DingTalk sangat bagus untuk menguruskan organisasi, termasuk urusan pejabat dan sumber manusia.
  • Mempunyai ciri online sharing yang padu seperti Live Meeting, Live Broadcast, eLearning, file sharing di cloud, ahli group sehingga 5000 per group.
  • Percuma! Produk AliBaba.
  • Cuma, DingTalk agak sedikit leceh jika nak kongsi sesi umum (sesi terbuka).
Saya sedang mencuba Google Meet. Follow saya di facebook.com/imranabduljabar

Jika tanya saya, saya masih suka Zoom dan Google Meet sebagai alternatif (DingTalk masih power untuk kegunaan organisasi).

Aplikasi Yang Belum Dicuba


Semoga dapat memberi pencerahan sedikit kepada anda semua yang mencari solusi kepada kaedah untuk mesyuarat online.

Selamat mencuba! Stay home. Stay safe.

Imran Abdul Jabar
https://facebook.com/imranabduljabar

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed