Nov 17 / SIFOO.com

Bidang Grafik dan Psikologi

BIDANG GRAPHIC DAN PSIKOLOGI: APA KENA MENGENA???

Pernah fikir tak tentang macamana bidang rekabentuk grafik dan psikologi terkait rapat bersama? Macamana sesuatu hasil design tu memberi impak pemikiran, penerimaan serta emosi kepada audiens...

Dalam design, kita kena jadi 'pereka psikologi' – warna, komposisi, dan tekstur mempengaruhi emosi orang. Contohnya, pemilihan warna cerah boleh "hipnotize" orang ke tindak balas positif!Pemilihan font yang tak sesuai memberi persepsi maksud yang berlainan. Beza garisan lurus dan lengkung kepada emosi...

Kita manusia, suka benda cantik, dan design tu kena menarik mata. Kan? Ok jom tengok 3 prinsip berikut:

1) Prinsip Gestalt:

Kumpulan konsep dalam psikologi dan rekabentuk yang menyatakan bahawa manusia cenderung melihat objek dan bentuk secara keseluruhan, bukannya sebahagian individu.

2) Prinsip Haptics:

Prinsip-prinsip yang berkaitan dengan persepsi dan pengalaman sentuhan atau rasa fizikal dalam rekabentuk dan teknologi interaktif.

3) Prinsip Afeksi:

Penggunaan elemen-elemen rekaan, seperti warna, komposisi, dan tekstur, untuk membangkitkan perasaan dan emosi positif dalam pengalaman visual.
Dalam dunia yang bergerak pantas, design memegang kunci untuk menarik perhatian!

So, jangan terlalu rasa bahawa rekabentuk hanyalah 'tiru-miru'. Bukan sekadar pakai template dan siap. Ia adalah perlaksanaan proses seni dan sains psikologi yang menyatukan keindahan dan makna kepada objektif yang telah ditentukan.
Belajar sesuatu?

Kalau berminat nak belajar Reka Penerbitan menggunakan InDesign atau Publisher, bolehlah tengok tajuk2 yang tersedia ada di SIFOODOTCOM.
Empty space, drag to resize

#SifooDotCom

Follow akaun media sosial kami yang lain:

Dicipta dengan