Kursus Terbuka

Akan dibuka pendaftarannya dalam bulan April 2025.

Saluran kursus Terbuka (Open) di SifooDotCom direka untuk memberi akses kepada semua lapisan masyarakat – sama ada individu, kakitangan agensi kerajaan, atau pekerja sektor swasta dan korporat – bagi mengikuti kursus kemahiran dalam bidang kreatif dan teknologi.

Kaedah Pelaksanaan

Kursus dijalankan melalui dua kaedah pelaksanaan utama:

  • Secara Bersemuka (Face-to-Face) – di lokasi yang ditetapkan.

  • Secara Dalam Talian (Online) – melalui sesi langsung menggunakan platform Zoom.


Jenis Sesi

1. Sesi Hari Biasa (Isnin hingga Jumaat)
Sesi ini memberi fokus kepada penyertaan dari kalangan profesional dan organiasasi, termasuk:

  • Individu

  • Agensi Kerajaan

  • Syarikat Swasta / Korporat


Pilihan pembayaran yang disediakan:

  • Tunai / Pembayaran atas talian melalui sistem pendaftaran SDC

  • Tempahan rasmi (Local Order / ePerolehan)

  • Tuntutan melalui HRD Corp (jika kursus disenaraikan sebagai HRDC claimable)


Nota:
Yuran kursus bagi sesi hari biasa kebiasaannya lebih tinggi, sejajar dengan struktur latihan profesional dan keperluan organisasi.

2. Sesi Hujung Minggu (Sabtu dan Ahad)
Sesi ini lebih tertumpu kepada individu yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi. Yuran kursus ditawarkan pada kadar yang lebih rendah untuk menjadikannya lebih mudah diakses.

Walau bagaimanapun, peserta daripada organisasi juga dibenarkan untuk menyertai sesi hujung minggu ini tanpa sebarang halangan.


Dicipta dengan