Mar 26 • SIFOO.com
Kisah Di Sebalik Jenama SifuBad
Dari Sifu Jamal ke SifuFbAds ke SifuBad

Saya mula mengenali jenama SifuBad dari signage merah menyala yang terpampang di salah satu bangunan berhampiran pejabat Sifoo.com di Sungai Besi. Warna merahnya begitu menonjol, seolah-olah mahu menarik perhatian sesiapa sahaja yang lalu di kawasan itu.
Tapi tahukah anda? Pada awalnya, jenama ini bukanlah dikenali sebagai SifuBad. Mereka sebenarnya bermula dengan nama Sifu Jamal. Namun, setelah melihat potensi besar dalam dunia pemasaran digital, mereka membuat keputusan untuk lebih fokus kepada Facebook Ads—dan lahirlah SifuFbAds.
Seiring dengan perubahan jenama, mereka juga berpindah ke pejabat yang lebih luas. Kali ini, warna merah yang dahulu menonjol bertukar kepada warna biru, selari dengan warna tema Facebook (FB). Sebuah langkah yang bijak—branding yang kuat, relevan, dan mudah diingati!
Tak lama selepas itu, mereka berkembang pesat lagi dan berpindah betul-betul di sebelah pejabat Sifoo.com. Boleh dikatakan, kami memang jiran sebelah pintu. Saya sendiri pernah menghadiri satu seminar anjuran mereka—dan jujur, saya kagum! Lebih 1,500 peserta hadir dalam dewan yang penuh sesak. Suasananya sangat meriah dan penuh energi.
Namun, dalam keghairahan membina jenama, ada sesuatu yang mencuit hati saya. Walaupun mereka sudah menjenamakan diri sebagai SifuFbAds, ramai pelanggan dan pengikut mereka tersalah sebut jenama itu. Ada yang menyebutnya sebagai SifuBad, ada juga yang panggil SifuBads.
Saya sendiri menyaksikan momen yang agak kelakar dalam sesi seminar tersebut. Foundernya berulang kali cuba membetulkan penyebutan jenama mereka, menegaskan bahawa nama mereka adalah Sifu-Fb-Ads, bukan SifuBad. Tetapi nampaknya, nama "SifuBad" lebih melekat di bibir pelanggan.
Lebih menarik lagi, ada beberapa kali pelanggan tersilap masuk ke pejabat Sifoo.com, mencari "SifuBad". Mereka bertanya, "Ini pejabat SifuBad ke?"—sedangkan mereka sebenarnya mencari pejabat sebelah.
Akhirnya, setelah melihat trend ini berulang kali, mereka membuat satu keputusan yang cukup berani dan strategik—mereka menukar jenama mereka secara rasmi kepada SifuBad!
Kadangkala, jenama terbaik bukanlah yang kita cuba paksa orang ingat, tetapi yang orang sudah pun ingat dengan sendiri. Dan kisah SifuBad adalah contoh terbaik bagaimana sesebuah jenama boleh berevolusi berdasarkan maklum balas pelanggan dan penerimaan pasaran.
Siapa sangka, dari Sifu Jamal → SifuFbAds → SifuBad, mereka akhirnya menemui identiti jenama yang benar-benar melekat di hati pelanggan!
Imran Abdul Jabar
Sifoo.com
Imran Abdul Jabar
Sifoo.com
Empty space, drag to resize
Sifoo.com
Follow akaun media sosial kami yang lain:
- TikTok - tiktok.com/@sifoodotcom
- Instagram - instagram.com/sifoodotcom
- Facebook - facebook.com/sifoodotcom
- Youtube - youtube.com/sifoodotcom
- Whatsapp - whatsapp channel
Hubungi kami
-
010-8429643
-
03-90546897
-
kursus@sifoo.com
-
5-2, Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
Copyright © SIFOO.COM 2025